Wednesday 30 October 2013

Hari Interaksi AMLIS :)

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan sekali lagi untuk update blog. Walaupun sibuk sesangat sekarang ni, terpaksa jugak curi masa untuk update blog dengan entry-entry terbaru. Kali ni Bella nak share pasal "Hari Interaksi AMLIS (Angkatan Mahasiswa Perlis) kat USM ni. Ini kiranya aktiviti pertama kitorang anak-anak Perlis untuk sidang kali ni.

Hari interaksi AMLIS ni berlangsung pada hujung minggu yang lepas. Kitorang buat semua aktiviti dekat Padang Senget kat Pusat Kokurikulum USM. Kenapa panggil padang senget?? Sebabnya padangnya ni memang senget pun. Memang nampak dengan mata kasar dan dapat rasai bila kita berada kat atas padang tu yang padang tu senget. First time pergi kat situ macam pelik jugak kenapa senget semacam je padang tu, rupanya memang nama pun padang senget kan. Melalut panjang pulak Bella ni. hehehe :)

The day was really happening! Thanks to senior AMLIS yang bertungkus-lumus menjayakan aktiviti ni. Kitorang macam just release stress je hari tu. Main-main bersuka ria. Kitorang main macam kanak-kanak riang gitu. Ok la, Bella titipkan gambar-gambar kitorang untuk tatapan korang semua. Have fun ok!

 Bella dan kawan-kawan yang sama sekolah time form 6 dan dapat U yang sama, USM :)


 Bella and friends :)


 Amalina & Athirah :)


 Again..
Bella and friends :)


Geng AMLIS yang semangat nak tarik tali. :)


*That's all from Bella. Nanti Bella update lagi bila-bila free. Hope korang sentiasa happy. XOXO :)