Tuesday 17 December 2013

Festival of Lights 2013

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update entry baru. Kali ni Bella just nak share pasal " Festival of Lights" yang telah diadakan kat Padang Kawad, USM. Event ni dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan India, USM. Diorang buat event untuk merapatkan lagi hubungan pelajar-pelajar USM seterusnya memupuk perpaduan kaum di USM. Memang meriah sangat festival ni. Bella masuk pertandingan reka cipta dan inovasi tanglung. Macam lawak je sebab first time kena buat tanglung yang sangat besar. Tanpa persiapan kami satu team pergi buat tanglung tu. Kiranya semua idea on the spot gitu. hehe. 

Sebelah siangnya kami bertungkus lumus buat tanglung tu. Dan di sebelah malamnya pulak ada majlis pelancaran festival. Time ni la macam-macam persembahan daripada setiap kaum ada. Happening sangat rasanya. Dengan cahaya-cahaya lampu dan lilin yang menarik membangkitkan lagi feel festival cahaya ni. Ok la, Bella tak nak berceloteh panjang. Jemput tengok gambar-gambar hari festival cahaya kt USM. :)

Yang ni sebelum pertandingan bermula. :)





Yang ni pulak dah mula pertandingan. Excited muka Bella kan?? Haha













 We're participant :)


 Setelah selesai buat tanglung yang tak tau bentuk apa sebenarnya.
Ada yang cakap bunga teratai, bunga kantan, buah naga, unggun api.
Ape-ape je lah, yang penting KERJASAMA :)


 Yang ni pulak time malam, time perasmian.


Ini la tanglung yang dapat 1st place tu. UniMAP.
Bangga jugak sebab negeri Perlis yang menang. :)


 Bunga api :)


 Tanglung daripada school HBP, USM.
Burung Merak, so nice :)


 Tanglung ni pulak budak UTEM yang buat. :)




Festival of lights'13

That's all from Bella, nanti ada masa Bella update lagi entry baru. Love you. XOXO :)

Thursday 12 December 2013

Last Day Of Tutorial PGA102 :)

Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk update entry baru. Curi jugak masa yang busy ni nak update entry baru sebabnya tak nak ter"miss" satu pun cerita baru. Almaklum la tak lama lagi dah final exam. Dah tak boleh berblog sangat. Kena fokus! Doakan Bella ya!

Berceloteh panjang pulak. Bella just nak bagitau yang hari Selasa lepas jam 8-10 malam, tirai tutorial PGA102 telah dilabuhkan. Maka berakhir la kelas tutorial PGA102 untuk sem 1 ini. I'll miss the tutor and my beloved classmates. Sebenarnya banyak kelas yang dah melabuhkan tirai sebab dah nak masuk study week. Betapa cepatnya masa berlalu pergi. Kejap ja dah nak habis sem 1. Baru sangat rasanya jadi seorang mahasiswi kat USM. Untuk final exam, I hope I'll do my best! Please pray for me! :)

Tak nak cakap panjang, just nak bagi korang enjoy tengok gambar-gambar Bella, classmates and our beloved tutor untuk kelas tutorial yang terakhir. Enjoy!!

 Le classmates :)




 Nampak tak muka ter"over" excited Bella?? hehe


 My group and beloved tutor, Dr. roz :)


 Yang tudung hitam kat depan ni roomate Bella. :)


 Muka excited dan habis macho the boys :)




 1 family at the class :)


 Shahira and me :)


 My beloved tutor & Bella :)


 From left, Sha, Bella & Melly :)


Again.. 
Ke mana sahaja kami bertiga sepanjang sem 1 ni. :)

That's all from Bella. Nanti Bella update lagi entry baru. Hope korang sentiasa happy dan enjoy selalu. May Allah bless us! XOXO :)

Wednesday 11 December 2013

Sambutan Hari Guru 2013 USM :)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan masa oleh-Nya untuk update entry baru. Bella cuba jugak curi masa untuk update entry baru sebabnya tak nak cerita-cerita Bella yang best-best ni basi baru nak update. Bila dah ada masa memang terus update la. Alhamdulillah ya Allah. :)

Entry kali ni Bella nak kongsi dengan korang semua tentang Sambutan Hari Guru kat USM ni. Sambutan Hari Guru USM peringkat PPIP (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan) akan diadakan setiap tahun pada bulan Disember. Ini kira first time la Bella sambut Hari Guru sebagai seorang bakal pendidik sebabnya ni tahun pertama Bella study kat USM terchenta ni. Untuk tahun 2013 ni, Hari Guru disambut pada 10/12/2013 kat Dewan Tuanku Syed Putra, USM. 

Macam-macam perasaan ada bila dapat tahu ada sambutan Hari Guru kat USM ni. Rasa excited, nervous, macam-macam rasa. Rasa terharu dan bangga pun ada jugak. Rasa macam dihargai pun ada. Macam-macam kan Bella rasa. Nampak tak betapa excitednya Bella?? hehe. Biasa lah, first time kan bergelar mahasiswi dan bakal pendidik.

Bella just nak share gambar-gambar je sebab dah speechless. Apapun sambutan Hari Guru kat USM ni memang best!! Selamat Hari Guru semua. :)

Be seen, be heard, be counted.




































Nanti bila ada masa free Bella update lagi entry baru. Love you! XOXO. :)

Monday 9 December 2013

Pameran Smartex.

Lama rasanya tak update entry baru. Cuba jugak cari masa walaupun tengah melalui hari-hari yang meletihkan. Nama pun belajar kan, sabar je lah Bella. Keep strong!!

Tak nak membebel panjang. hehehe. Kali ni Bella nak berceloteh pasal pameran "SMARTEX" yang baru berlangung hujung minggu lepas. Pameran ni dijalankan pada 7-8/12/2013 bertempat di Dewan Utama Pelajar, USM. Pameran ni kiranya julung-julung kali diadakan yang melibatkan kami budak-budak first year Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP). Pameran ini juga hasil kerjasama dengan seluruh warga PPIP serta SMARTEX sendiri.

Macam-macam la tugasan yang diberikan kepada kitorang. Ada yang kena buat flashcard, ada yang buat video, ada yang buat permainan. Group Bella ditugaskan untuk buat Koleksi Cerita Pengajaran. Setelah berusaha gigih dengan ahli-ahli kumpulan Bella, maka terhasil la sebuah buku cerita yang berkongsi pengalaman hidup untuk dijadikan tatapan umum sekaligus memberi pengajaran.

Dalam keadaan yang tersangat busy ni, Bella tak dapat la nak ceritakan secara detail kepada korang semua tentang pameran ni. Mohon maaf erk! Nanti bila ada masa Bella akan terangkan dalam entry yang baru. Apapun, Bella nak tunjuk jugak gambar-gambar sepanjang pameran berlangsung. Harap korang suka.











 

























That's all from Bella. Harap korang semua enjoy! Nanti Bella update entry baru bila ada masa terluang. XOXO. :)