Friday 17 January 2014

My Resolutions of 2014 :)

Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi ini dan sekali lagi diberi peluang untuk update entry baru. Alang-alang tengah cuti sem kan, if ada masa free dan ada cerita baru ja mesti Bella akan update. Doakan supaya internet kat rumah Bella sentiasa ok dan yang penting sentiasa laju. Senang la nak update entry baru. :)

Entry kali ini Bella just nak update yang simple-simple je. It's about "My Resolutions of 2014". Hari tu kan Bella dah janji nak update pasal benda ni. So, kena tunaikan lah sementara ada masa free dan masih berada dalam bulan Januari 2014 kan. Gituuuu..Ok la, tak nak berceloteh panjang. Now, I just wanna let you know about my resolutions for this year!!



Cewahhh, kemain gambar bagai, padahal resolutions ja pun. :)

List of my 2014 Resolutions:

~ Nak jadi anak yang solehah untuk my beloved mak & arwah ayah

~ Nak tingkatkan amal dan lebih dekatkan diri kepada-Nya

~ Cuba dapatkan dean list untuk tiap-tiap sem insyaAllah ( Must struggle, struggle & struggle...)
Usaha + doa + tawakal = kejayaan :)

~ Nak siapkan semua kerja, assignments dan segala tugasan yang diberikan on time insyaAllah.

~ Nak turunkan berat badan, kembali ke zaman study kat sytra dulu ( A lots of exercises, diet secara sihat, puasa setiap Isnin & Khamis )
Nak beli supplement yang mahal-mahal tu takde duit yang cukup, biasa la student kan. hehe :p
Yang lagi semangatnya tu, mak tegur nampak dah surut sikit sejak balik cuti sem ni. Yeahaaa!! I wanna lose moreeee!! Doakan Bella ok! :D

~ Nak kumpul duit banyak-banyak. ( Maybe aktifkan lagi business online Bella, I really hope sooo!! )

~ Nak belajar masak lebih banyak masakan yang adventure sikit kan. Kemain lagi. Hehe
Yang simple-simple dah lulus insyaAllah :)

~ Cari jodoh??? Macam lawak ja sebab muda lagi kot. Banyak benda lagi yang perlu dipelajari dan dipersiapkan. ( Fokus study dulu!! )
Soal jodoh & pertemuan ni, Bella serahkan pada Allah. Lambat atau cepat Bella terima dengan hati yang terbuka. Kalau ada sesape yang berminat, boleh terus mintak permission daripada mak. Boleh macam tu?? hehe :p

~ Azam lain?? Yang mana-mana terlintas di hati & fikiran yang teringin untuk dilaksanakan insyaAllah akan automatik jadi resolutions Bella jugak!! :)

Itu je kot yang mampu Bella berangan buat masa sekarang. InsyaAllah segala-galanya akan tercapai dengan izin-nya dan usaha Bella jugak. Harap korang akan sentiasa mendoakan Bella ok! Bella pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang jugak. 

That's all from Bella. Till we meet in next entry. Love you!! XOXO :D


Monday 13 January 2014

Best Moment in Sytra :)

Alhamdulillah once again masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini dan update entry baru. Patut la semalam rasa rindu sangat kat kawan-kawan Sytra (Sek. Men. Sains Tuanku Syed Putra). Baru ingat semalam 12/1/2014, tarikh yang tak mungkin akan Bella lupakan dalam hidup Bella. Sebabnya inilah tarikh Bella mula-mula daftar masuk ke Sytra time form 1 dulu. Everything in Sytra was the best moment ever. I really miss everything there.

Muka kanak-kanak riang time sekolah dulu. :)
Rindu sangat!!

12/1/2006 hari first daftar masuk Sytra. Macam-macam rasa time tu. Excited + nervous + homesick of course. Takut pun ada jugak sebab terpaksa bersaing dengan semua yang gila pandai. Memang akan rasa agak down bila tak dapat result sehebat diorang. Bermula la kehidupan Bella sebagai seorang budak hostel. Best sangat tau jadi budak hostel ini. Hanya orang yang pernah masuk hostel akan merasai betapa seronoknya dapat masuk asrama terutamanya asrama penuh. Rasa bertuah dan beruntung sangat sebab terpilih untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. It was one of my wish since primary school. Alhamdulillah, Allah telah tunaikan permintaan Bella.


Kat sini jugak la Bella belajar erti kehidupan zaman remaja. Ini lah tempatnya!! Tempat suka duka bersama-sama kawan-kawan. Kena sound dengan senior yang entah apa-apa. Bila difikirkan balik, macam lawak ja takut kat the seniors. Diorang pun manusia sama macam kami jugak. Tapi sebab rasa hormat tu kan. Kalau tak masuk hostel, mana la boleh merasa semua ini. Lepak dengan kawan-kawan, main basketball sama-sama, gaduh-gaduh manja, makan kat dining sesama even takde la sedap mana, main dalam washing room, cinta monyet, and everything. I really miss all those moment!! Kalau dapat diputarkan masa, I wish I could be there again. 

Bella speechless right now!! Tak dapat nak diungkapkan lagi betapa rindunya Bella kat sekolah, cikgu-cikgu dan yang paling rindu, kawan-kawan. Setelah cari di merata tempat, Bella ada jumpa gambar-gambar sepanjang kat Sytra. Walaupun takde la banyak sangat tapi boleh la kan sebagai kenangan. Please enjoy tengok ya korang!!

 Mereka sahabat saya selamanya!! :)
























More pictures :)









 Vijay and me. :)
Dia antara bestie Bella kat Sytra. 
1 dorm dgn dia since form 1. 





My bestfriend ever. :)

 My bff till jannah insyaAllah.
Anisha Syuhada a.k.a Chak :)



Adik angkat kat Sytra. :)

Julia Irdina who is my adopted sis in Sytra.
Dia ni adik Nurul Sabila who is one of my bff. :)

Basketball. :)

Sampai sekarang still rindu nak main basketball.
Selalu je usha orang main basketball kat usm ni. Tapi takde sape yang ajak. :(

Annual dinner. :)










Malam Graduasi. :)







 




And once again kami dapat gather balik time iftar tahun lepas.

That's all from Bella. Sorry ya kalau entry kali ini agak panjang. Maybe sebab a lots of pictures. Sebenarnya ada lagi tapi cukup la banyak ni dulu kan. Maybe next entry. :) Harapnya dapat berkumpul lagu ramai-ramai satu hari nanti. Wish all of them good luck in whatever they do. I just wanna them know that I really miss them so much. Miss everything in Sytra. 

Ok la, Bella nak sambung study. Lusa dah paper last untuk final exam. Till we meet in next entry. Doakan Bella dapat jawab exam dengan baik dan dapat result yang gempak insyaAllah. Bella pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua. Love you!! XOXO. :)

Friday 10 January 2014

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan :)

Alhamdulillah, once again diberi kesempatan oleh-Nya untuk update entry baru. Kononnya tak nak update entry baru selagi tak habis final exam kan. Alang-alang ada masa dan terlampau excited nak cerita, lebih baik update entry kan. Study memang study tapi tak boleh la stress-stress kan. Rest kejap dan update entry baru. Yeah!!

Berceloteh panjang la pulak kan. Entry kali ini Bella nak cerita pengalaman yang sangat best which is pengalaman jenjalan bersama-sama Melly dan Sha di sekitar kawasan Georgetown, Pulau Pinang. Even kitorang bertiga ja tapi ini lah pengalaman yang sangat best! Seriously! Tak tipu! Kan tinggal kami 3 ja yang tak habis-habis exam, yang lain dah sedap tidur kat rumah. *Jelous!!!* Kami pun buat la keputusan untuk pergi jenjalan, boring sangat asyik mengadap buku je. Nak la jugak hilangkan stress yang ada kan. Punya la google bagai yang cari tempat yang best dan mudah kitorang nak pergi. Biasa la, sesama takde kenderaan nak bergerak, harap Rapid ja. Almaklum la, nama pun student kan. So, setelah google bagai kitorang pun buat keputusan  untuk round sekitar Padang Kota Lama. Dan yang selebihnya ikut kaki kami melangkah la nak ke mana. Mula-mula, kitorang ingat nak pergi try "Laksa Janggus" kat Balik Pulau. Setelah digoogle rasa jauh la pulak kan. Dah la tak tau tempat yang sebenarnya kat mana kedai tu berada. Itu lah sebabnya kami tukar plan pergi ke tempat lain.

Tepat pukul 10 pagi, kitorang bergerak la daripada desasiswa untuk pergi ke tempat yang kitorang dah plan. Seriously rasa excited sangat tau even ini bukan percutian bersama family. Kami 3 orang ja yang pergi. Pengalaman yang sangat awesome la!! Ok la, Bella akan cerita dari satu tempat ke tempat yang kitorang dah pergi plus gambar-gambar untuk tatapan korang semua. Enjoy!! :)

Padang Kota Lama

Tempat pertama yang kitorang pergi ialah Padang Kota Lama. Kitorang jalan kaki je daripada stesen bas rapid jetty tu. Tough kan kitorang?? *Perasan je lebih!!* Kat sini kitorang pergi ke tempat bersejarah "Font Cornwallis". Dekat sini pun best tau. Macam-macam benda sejarah ada. Meriam yang pelbagai, rumah api, replika-replika dan macam-macam lagi la. Korang memang wajib pergi tau. Masuk pun murah je, RM2 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak. Jemput tengok gambar-gambar Bella dan kawan-kawan. :)

 Ini sebelum masuk, banyak betul burung merpati. Dah angan-angan macam kat London dah. Hehehe :)


 Sha dah excited dapat bergambar dengan burung-burung  tu.


 Lihat la betapa excitednya Bella dapat jenjalan. :D


 Sebelum masuk pun sempat lagi kitorang berposing kat pintu gerbang ni. Bahagia la katakan. :)

 Again, my excited face!!


 And again.. :)


 Masuk je terus bergambar.
Kanak-kanak ribena betul. hehe






 Melly and me. :)


Sha dan Melly


 Bella dan Melly bersama-sama meriam. :)


Bella dan Sha :)


 Melly khusyuk membaca info, Bella sibuk je nak berposing. Aiyooo!!


 Cubaan mengangkat moto yang besar. Kahkah!


 Tinggalan sejarah.


 Tokoh-tokoh sejarah.


 Mereka sedang cuba menanam padi. 


 Betul ke cara tampi padi macam Bella buat tu?? hehe :P


 Sha di tepi tingkap. :)




Penjaraaa!!




 Buat-buat sampai, padahal kurang ketinggian.


And..we :)

Sekitar tepi laut Padang Kota.

Kawasan laut yang sangat best. Anginnya yang bertiup sehingga membuatkan Bella rasa spechless. 



 It's me!!


 Melly :)


 Shahira :)





Jenjalan ikut kaki melangkah.

Masa ini la kitorang jumpa banyak tempat yang bangunannya macam dah kat luar negara. Memang dah berangan dok merata negara. Tak nak cakap banyak. Just nak tunjuk gambar. Mohon korang jelous! 















  






















Art street :)




Masjid Kapitan Keling.

Best sangat masjid ni tau. Duduk dalam tu macam tak nak keluar dah. Rasa tenang je. Kitorang break for Zuhur here. :)








That's all from Bella. Nanti Bella update entry baru lagi. Ini je masa yang terluang buat masa sekarang. Tolong doakan Bella dapat jawab final exam dengan baik dan dapat result yang insyaAllah gempak nanti. Love you! XOXO :)