Thursday 29 August 2013

Countdown! 3, 2 & 1 days to go :'(

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sebelum Bella nak menempuhi hari-hari yang bakal busy nanti, Bella nak jugak titipkan beberapa entry kan. Dah kenapa buat entry "countdown" pulak kali ni kan. Ada lah sebabnya tu. Sebenarnya dalam masa 2 hari lagi Bella akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Sebab itulah Bella buat entry ni ha. Kiranya macam luahan perasaan lah jugak. Cewahhhh!

Preparation :)

Boleh dikatakan 90% persiapan untuk masuk universiti dah setel. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala urusan. Segala barang dah beli, segala dokumen yang perlu dibawa dah siap disediakan. Yang tinggal persediaan fizikal & mental je lah. 

Feeling :)

Setiap orang yang nak masuk hostel sama ada di sekolah atau di universiti mesti ada macam-macam perasaan kan. Begitu jugak lah dengan Bella. Macam-macam perasaan ada even dulu time sekolah pernah tinggal kat hostel. Tapi ini tak sama, dulu sekolah dekat rumah je still dalam Perlis. Kali ni dah jauh sikit, luar daripada Perlis which is Penang. Perasaan yang hadir sukar digambarkan dengan kata-kata. Tak pasti sama ada nak excited atau nak sedih. Apa yang pasti perasaan nervous memanjang ja rasa. Satu lagi, HOMESICK!! Tak pergi lagi pun dah rasa homesick. Rindu dekat mak, kakak & adik-adik. Semua orang mesti ada perasaan yang sama kan??

Who will I miss the most??

Of course my family :)

My beloved mak :)
Ni yang paling rindu, nak homesick pun mesti sebab mak.
Love you mak!! 

My beloved kak ayong.
The only one kakak in my life :)

My beloved younger sister, Hanis.
Beza setahun ja pun, orang selalu cakap kami kembar. :)

My beloved youngest sister, Adik Tasya.

Yang ni pun akan rindu jugak. Si kurus kering Farhah Aqilah who is my niece.
Dia ni baru ja 6 tahun tapi geliga otak dia.
Dia selalu tidur kat rumah Bella.
Sepanjang lepas exam STPM, dia lah yang selalu teman & kawan dengan Bella.
Mak dengan kakak selalu panggil dia "6" dan Bella "20". hehe :p

Ini lagi sorang Bella akan rindu, Chak!!
My BFF till jannah insyaAllah.
Dia dapat sambung study kat UKM.
Tahniah, chak. Proud of you :)

 
*Itu je lah yang Bella dapat share. Nak sambung packing barang-barang pulak. Nanti ada masa free, Bella update blog lagi. Have a nice day you all. Assalamualaikum :)


Tuesday 13 August 2013

Alkisah Hari Raya :)

Dah lama kan rasanya Bella tak update entry blog. Sibuk sikit semenjak dua menjak ni ha. Macam-macam hal nak kena setelkan. Pening jugak lah nak uruskan semuanya. Hehehe. Ok lah, tak payah nak melalut panjang kan. Kali ini Bella nak sharekan tentang raya 2013. :)

Baju raya tak siap!!!!

Untuk pengetahuan korang semua, hal ini lah yang paling stress! Baju raya tema family untuk tahun ni tak siap. Memang frust sangat! Petang sebelum raya pergi rumah tukang jahit untuk ambil baju raya dengan excitednya. Tapi bila sampai ja kat rumah tukang jahit tu, jawapan yang diterima sangat mendukacitakan. Macam-macam perasaan ada bila tukang jahit jawab dengan slambernya "Habaq kat mak, baju tak dan nak buat" means "bagitahu mak, baju tak sempat nak siapkan". Padahal kain yang dihantar tak sentuh langsung. Memang geram lah kan. Terpaksa pulak malam raya kelaur cari baju raya segera untuk dipakai di pagi hari raya. Sedangkan dah plan dah nak kemas-kemas rumah sambil tengok " Setia Hujung Nyawa Raya ". Semua plan tak menjadi gara-gara baju raya tak siap. Sedih betul!!

Ini je lah baju yang dapat cari untuk raya 1st hari tu :)


Semua adik-beradik berkumpul :)

Raya tahun 2013 ni agak bertuah lah sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Boleh dikatakan semua adik-beradik sebelah emak dapat cuti dan pulang ke kampung halaman. Tahun ini masih sama, beraya di kampung sebelah mak dan tak berkesempatan untuk pulang ke kampung arwah ayah. Next time maybe!

Yang bestnya dapat luangkan masa bersama dengan semua saudara daripada penghujung bulan puasa lagi sampai lah ke hari raya. Tapi sekarang banyak yang dah balik ke tempat masing-masing untuk bekerja. Yang tinggal pun si kecik Zuzu ni ha. Katanya nak duduk kat Perlis ni sampai habis cuti sekolah. Boleh pulak berpisah dengan parent dia, berdikari. Proud of her!

 Kak Ayong, Hanis and Me!


From left: Cousin (Amar), adik Tasya & my nephew, Arif

 My nephew, Farhan :)
His family will move to Dhaka, Bangladesh this September.
Will miss him, Faiz and Husna.

 My adik and niece, Fatin :)

 My beloved Tok Limah.
She is so cute, am I right?? Hehe

 My cousin, Maslinda with her daughter Fariha Khadeeja and my niece, Wan Nur Husna :)

 My big family sebelah emak, gambar Bella takde. Sobs sobs.
Tak semua ahli family ada dalam gambar ni. :) 

Bella di malam hari raya pertama :)

Duit raya :)

Yang bestnya, duit raya still dapat lagi tahun ni. Ingatkan dah besar, orang tak nak bagi duit raya lagi dah tapi alhamdulillah still dapat. Yeahhha!! 

*That's all from Bella. Till we meet next time. XOXO :)