Saturday 15 August 2015

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum wbt, hai semua. Disebabkan dah lama tak update resepi-resepi ni kan. Kali ni Bella nak share satu lagi resepi yang sangat lah mudah. Orang bujang macam Bella ni pun boleh buat. Moist chocolate cake. Selalu sangat buat kat rumah. Kalau ada yang tempah time Bella cuti pun Bella buat. Bella ni jenis yang suka masak dan try masak macam-macam jenis masakan tapi tak makan sangat. Lagi suka tengok orang lain makan. Rasa puas hati. Ok, jom tengok resepinya. :)

Resepi untuk kek coklat

Bahan A :
1 cawan serbuk koko (apa-apa jenama pun boleh guna)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara-caranya :
  1. Masak bahan A dalam periuk sampai sebati. Guna api kecil. Dah tu, sejukkan.
  2. Pukul telur sampai betul-betul kembang lebih kurang 5 minit dengan esen vanilla. (Nak guna blender pun boleh). Dah tu, masukkan ke dalam bekas sekali dengan bahan A yang dah dimasak tadi.
  3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Kalau boleh ayakkan dulu sebelum mix dengan bahan lain.
  4. Masukkan dalam loyang dan kukus dalam 45 minit hingga 1 jam.

Resepi untuk topping (ganache)

Bahan-bahannya :
300 gram coklat masakan (potong kecil)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas (tak nak letak pun boleh)

Cara-caranya :

  1. Panaskan semua bahan atas api kecil sehingga semuanya cair dan sebati. Dah sebati dan puas hati, boleh tutup api.
  2. Curahkan 1/2 ganache atas kek yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
  3. Biarkan lebih kurang 15 - 30 minit supaya ganache meresap masuk dalam kek.
  4. Lepas tu, curahkan lebihan ganache ke atas kek sampai habis.
  5. Boleh hias ikut kreativiti masing-masing nak letak apa. (optional)







Selamat mencuba. Jumpa lagi untuk next entry. Love all of you. XOXO :)

Thursday 13 August 2015

Aidilfitri 2015 #teamrayaPerlis

Assalamualaikum wbt, hai semua. Bukan setakat berhabuk, dah bersawang dah blog ni. Entah apa yang busy sangat pun tak tahu lah. Tiap-tiap kali cuti sem memang berangan nak update segala jenis resepi, entry-entry baru tapi at last tak sempat pun. Tapi hari ni tiba-tiba terlebih rajin la pulak nak update entry baru setelah berbulan menyepi ja. Busy dengan exam, puasa, raya. Dah sampai 28 Syawal dah baru ingat nak update entry pasal raya. Yang penting, masih dalam bulan raya kan. Nak tempek gambar ja bebanyak. Here we goooo! ;)

1st day of Syawal


Ini warna tema untuk tahun ni. Mak is missing masa ni busy sembang dengan saudara mara.


Me, myself :)


Yang baju sama warna tu adik-adik dan kakak Bella. Yang lain tu semua anak-anak sepupu.




Yang mana mak sedara, yang mana anak sedara?


Sepupu Bella, kami panggil dia Acu. 


 Raya 1st tahun ni dah pi raya kat rumah-rumah sedara tok sebelah mak kat Abi, Perlis.




2nd day of Syawal

Hari ke-2 raya, family Bella pakai baju warna hitam putih. tudung bebas warna apa pun. :)
Hari ni adik bongsu pulak missing sebab sibuk raya dengan kawan-kawan dia. Dah dok hostel kan, time raya atau cuti la baru dapat jumpa kawan-kawan.









3rd day of Syawal


Masuk raya ke-3, semua pakai jubah yang makteh dan sepupu beli kat Mekah untuk kami. Hari ni raya kat rumah maksu kat Kg. Tok Kuning, Perlis. Dia buat open house. Makanan banyak dan sedapnya la. 


Bella dengan kak ayong sebelum pi rumah maksu.


Layan budak-budak dah jadi kewajipan. Tak raya pun sama ja.


Bella dengan Nini. Mak cakap muka Nini ada iras muka Bella masa kecik dulu. 
Ada nampak sama tak?


Ni la jubah yang makteh hadiah tu. Cantik kan? Lately, suka pakai jubah atau dress loose. Dan baru perasan raya tahun ni tak ada baju kurung pun.


Meet my sisters and nieces. :)
Family sebelah mak memang ramai gegirl jaa.












4th day of Syawal

Dapat jemputan walimatulurus kawan sekolah sains dulu. The bride and groom dua-dua sama batch daripada sekolah yang sama. Tahniah Meera dan Taza. Semoga bahagia hingga ke jannah. :)


Gegirls dengan pengantin baru. :)




Tetiba excited nak snap gambar kat board sekolah. 5 tahun dah tinggal sekolah kan.


Wefie dengan kawan-kawan sekolah dulu.




Ni ja yang sempat singgah rumah makan kuih raya. Thanks for coming guys.


Dah kot untuk 4 hari raya. Yang selebihnya asyik pi rumah terbuka. Makan, makan dan makan. Kat rumah pun tiap-tiap hari masak sedap. Raya memang diet tu ke laut la. Tak boleh tolak makanan yang ada. tiap-tiap hari pun sedap. Tapi alhamdulillah sempat puasa ganti dan puasa enam dalam bulan Syawal ni. 

Till we meet again in next entry. Thanks sebab sudi baca entry panjang lebar ni. Memang bila dah start menulis, susah nak stop. Lots of love from Bella. XOXO :)