Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sebelum Bella nak menempuhi hari-hari yang bakal busy nanti, Bella nak jugak titipkan beberapa entry kan. Dah kenapa buat entry "countdown" pulak kali ni kan. Ada lah sebabnya tu. Sebenarnya dalam masa 2 hari lagi Bella akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Sebab itulah Bella buat entry ni ha. Kiranya macam luahan perasaan lah jugak. Cewahhhh!
Preparation :)
Boleh dikatakan 90% persiapan untuk masuk universiti dah setel. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala urusan. Segala barang dah beli, segala dokumen yang perlu dibawa dah siap disediakan. Yang tinggal persediaan fizikal & mental je lah.
Feeling :)
Setiap orang yang nak masuk hostel sama ada di sekolah atau di universiti mesti ada macam-macam perasaan kan. Begitu jugak lah dengan Bella. Macam-macam perasaan ada even dulu time sekolah pernah tinggal kat hostel. Tapi ini tak sama, dulu sekolah dekat rumah je still dalam Perlis. Kali ni dah jauh sikit, luar daripada Perlis which is Penang. Perasaan yang hadir sukar digambarkan dengan kata-kata. Tak pasti sama ada nak excited atau nak sedih. Apa yang pasti perasaan nervous memanjang ja rasa. Satu lagi, HOMESICK!! Tak pergi lagi pun dah rasa homesick. Rindu dekat mak, kakak & adik-adik. Semua orang mesti ada perasaan yang sama kan??
Who will I miss the most??
Of course my family :)
My beloved mak :)
Ni yang paling rindu, nak homesick pun mesti sebab mak.
Love you mak!!
My beloved kak ayong.
The only one kakak in my life :)
My beloved younger sister, Hanis.
Beza setahun ja pun, orang selalu cakap kami kembar. :)
My beloved youngest sister, Adik Tasya.
Yang ni pun akan rindu jugak. Si kurus kering Farhah Aqilah who is my niece.
Dia ni baru ja 6 tahun tapi geliga otak dia.
Dia selalu tidur kat rumah Bella.
Sepanjang lepas exam STPM, dia lah yang selalu teman & kawan dengan Bella.
Mak dengan kakak selalu panggil dia "6" dan Bella "20". hehe :p
Ini lagi sorang Bella akan rindu, Chak!!
My BFF till jannah insyaAllah.
Dia dapat sambung study kat UKM.
Tahniah, chak. Proud of you :)
*Itu je lah yang Bella dapat share. Nak sambung packing barang-barang pulak. Nanti ada masa free, Bella update blog lagi. Have a nice day you all. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment