Assalamualaikum dan selamat sejahtera uolls. :)
Bella ada nak share something dengan semua which is " TIPS UNTUK STUDY SMART ". Bella ada jumpa masa scroll FB. Tengah study dan rasa ngantok so, Bella pun online la FB kejap dan terjumpa tips atau petua yang sangat berguna dan bermanfaat ni. Apa salahnya Bella nak share dengan semua orang kan. Sharing is caring kan uolls. Cakap tak nak update apa-apa entry selagi tak habis exam tapi bila jumpa benda ni terus rasa nak share dengan semua so, terupdate la entry ni.
Ok, ini semua list tips untuk study smart yang Bella dah edit dan boleh uolls cuba amalkan. :)
1. Tutup semua sistem komunikasi. FB, TWITTER, WHATSAPP DLL. Tutup ketika anda mengulangkaji. Jika 2 jam, tutup 2 jam. Kerana kajian menunjukkan otak manusia kurang mampu melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Tengok baik punya hafal dan cuba nak faham, mesej whatsapp masuk. Oh shit, sangat mengganggu pembelajaran.
2. Pastikan anda berada dalam suasana yang membantu anda untuk study. Contohnya Perpustakaan. Kerana di bilik, penyakit hilang fokus selalu menghinggapi otak kerana tilam yang gebu dan cadar yang wangi sering tersenyum kepada anda membuatkan anda tergoda dan beralasan "baring 5 minit jap lah, kang sambung balik".
3. Pastikan anda sudah membaca paling kurang sekali bahan bacaan yang cuba dihafal dan difahami. Bentuk hafalan yang paling cepat adalah dengan cara anda membuat peta minda dengan pen warna warni dan bentuk hafalan paling cepat adalah anda mengaitkan hafalan sesuatu benda dengan benda disekeliling anda. Kalau cuba hafal nombor, cuba relatekan nombor yang dihafal dengan kelahiran orang yang terdekat dengan kita contohnya so, bila terlupa nombor tu, cepat-cepat anda ingat tanggal kelahiran orang tersebut. jadi automatik ingatan akan kembali tentang perkara yang cuba diingat. :)
4. Baca dengan kawan-kawan, buat discussion, dan cuba buat soal jawab dengan kawan-kawan. Selagi perkara itu kita tidak dapat jawab, bermakna kita belum kuasai. Berbeza dgn baca sendiri, biasanya diri sendiri tak tahu apa yg perlu dia baca. Kan?
5. Buka isi kandungan buku dan tengok setiap topik, apabila sampai ke satu-satu topik, bayangkan perkara yang sudah dibaca atau gmbaran ringkas tentang topik tersebut. Jika anda tidak boleh membawa gmbaran ringkas tentang sesuatu tajuk yang anda lihat, bermakna anda belum kuasai.
6. Sebelum tidur, baca sekali lagi secara pantas dan lihat sekali pintas peta minda yang telah dibuat. ini kerana minda separa sedar berkemungkinan menyimpan objek yang dilihat sebelum tidur kedalam otak dan akan membantu anda disuatu ketika di dalam dewan peperiksaan. Syaratnya? Jangan stress.
7. Bangun dari tidur (sebaiknya bangun sejam sebelum subuh), solat dua rakaat dan buka bahan bacaan yg dibaca malam tadi sebelum tidur. ini adalah waktu oksigen menyerap kedalam otak dengan pantas, apa yang dibaca ketika ini akan mendarah daging dalam otak.
8. Sejam sebelum peperiksaan, tutup semua bahan bacaan dan rileks and say all is well. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan tenang dan cuba bantu kawan-kawan yg masih tertanya-tanya dalam sesuatu bab.
9. Baca semua soalan peperiksaan dan mulakan dengan soalan yang mudah dan yakin disusuli dengan soalan yang susah. Take your time. Jangan gopoh. Kalau masa diberi 3 jam, guna 3 jam.
10. Akhir sekali, belajarlah untuk cemerlang dan dengan rasa ingin tahu perkara baharu bukan sebab kejar gred semata-mata dan hafal tak menentu ok.
That's all from Bella. Till we meet again. Doakan Bella dapat jawab exam yang akan bermula pada 29/12/2014 hingga 8/1/2015 dengan cemerlang ok. Doakan Bella dapat dekan kali ni. InsyaAllah, aminn. Love all of you to the moon and back. XOXO. :)