Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Rasanya dah lama jugak tak menjenguk " Celoteh Hati " ni. Busy dengan segala hal. Maklum lah, sekarang dah berada di penghujung sem, dah nak masuk study week. That's mean, tak lama dah nak exam. Rasa nervous nak exam tu lain macam sikit sem ni. Maybe sebab dah ambik paper major minor so, tekanan tu lebih terasa. Seperti biasa, untuk hilangkan tekanan tu mesti kena balik Perlis tengok muka mak, kak ayong dan adik-adik. Yeay! Khamis ni nak balik Perlis dah. Sebelum exam memang kena tengok muka mak, ambik semangat. Gituu. :)
Terlebih membebel la pulak kan. Ini la jadinya bila tempat untuk bermonolog iaitu TWITTER terpaksa di deactivate kan sebab telah di hack lebih kurang seminggu dah. Selalunya nak luah apa-apa kat situ lah. Tapi disebabkan dah kena hack terpaksa la deactivate sementara nak buat akaun baru. Lepas exam la jawabnya. Mohon bertabahlah! :(
Tak tahu apa masalah sebenarnya. Tetiba ja follow orang sesuka hati terutamanya indon. Sekurang-kurangnya 10 orang sehari follow. Jenuh la Bella unfollow balik. Kalau dah geram sangat, Bella block ja terus. Dah tu retweet yang entah apa-apa. Dah kenapa di hack sedemikian rupa? Padahal dah buat private. Dah tukar password pun still jadi benda yang sama. At the end, Bella buat keputusan untuk deactivate dulu la sehingga selepas exam. Bye-bye twitter buat sementara waktu. Agak sedih sebab selalunya bermonolog kat situ. Tapi redha je lah daripada terus kena hack kan, lebih baik berwaspada sebelum jadi yang lebih teruk.
Moral of the story, hackers berada di mana-mana. Tak kira la kita private profile pun, tetap kena hack jugak so, kita semua kena sentiasa berhati-hati dalam apa jua yang kita buat. Tak boleh leka dan lalai. * Dah macam cikgu-cikgu dah beleternya tu. Mentang-mentang la bakal cikgu kan. Practice make perfect orang kata. :)
Belanja gambar sekeping sebab dah lama tak update entry kan.
Gambar tiada kaitan sama sekali dengan entry.
Just nak share aktiviti terbaru Bella. Semalam punya BBQ anak negeri Perlis, USM.
Ada yang tegur pipi dah bambam balik. So, nak kena diet balik la ni. Diet?? Phewww!!
That's all from Bella untuk kali ni. Nanti Bella update lagi bila-bila free. Rasanya time cuti sem nanti la insyaAllah. Till we meet again kesayangan sekalian. Love all of you. XOXO. :)
Student USM? Tak sengaja tersesat ke sini tadi. Salam perkenalan. Saya super senior awak.
ReplyDeleteBuat pengetahuan, saya salah sorang ahli terawal jawatankuasa penganjur angkatan mahasiswa perlis usm (AMLIS). Masa tu kalau tak salah tahun 2005 atau 2006. Sebelum tu, AMLIS belum wujud.
Kitorang meeting satu malam tu dalam satu dewan kuliah, lantik pengerusi, setiausaha dgn AJK. Saya dicalon jawatan AJK tapi saya tolak sebab banyak kerja. Saya ingat lagi sejarah AMLIS...sebelum ni pernah dicadang nama IBLIS (Ikatan Belia Beliawanis Perlis) tapi of course sebulat suara ditolak :)
Tak sangka AMLIS yang kitorang try tubuhkan dulu dah established dgn ada penasihat lagi. All the best.
Ya, saya student USM, tahun 2 sekarang. Salam perkenalan jugak. :) Hi, super senior. Dulu ambik kos apa kat USM? usm tahun bila?
DeleteAlhamdulillah, sekarang AMLIS semakin meningkat naik kat bumi usm ni. Banyak dah aktiviti-aktiviti dan program yg AMLIS dah buat. Penasihat pun alhamdulillah sekarang dah ada 3 orang. Ahli pun dah makin ramai. Yang negeri lain pun ada join masuk AMLIS.
Ada jugak hari tu diorang cerita pasal nak letak nama IBLIS semua tu. Tapi sekarang still guna nama AMLIS lagi. :)
Thanks super senior. Seronok dapat berkenalan. Yang paling best tu sebab ex-AMLIS jugak. Boleh la membantu kami apa-apa yang kami tak tahu sebab kami pun masih setahun jagung. Still belajar dan berusaha untuk majukan AMLIS lagi. :)
Saya left comment yesterday tapi taktau hilang ke mana...mungkin lesap di cyberspace.
ReplyDeleteHappy to hear AMLIS dah naik tinggi. Saya lahir di Perlis tapi skang menetap di Kedah. Saya tak join Kakusma dulu atas sebab2 tertentu, pastu diajak untuk join AMLIS, to which I did.
Saya tak aktif berpersatuan...I don't have that talent. Tapi saya boleh membantu apa2 yang termampu. All the best untuk exam :)
Ohh it's ok. :)
DeleteAlhamdulillah, kami masih belajar dan berusaha untuk memajukan AMLIS. Kalau anak negeri sendiri tak membangunkan negeri sendiri, nak harapkan siapa lagi kan. Berusaha setakat yg mampu ja lah. :)
Anyway, thanks for the wish. :)