Sunday, 11 January 2015

Welcome back to school!! :)

Assalamualaikum dan hai uolls.
Aktiviti untuk hari ke-3 cuti semester ini ialah hantar adik bongsu balik hostel. Terimbau segala kenangan sepanjang zaman sekolah kat situ dulu. Sungguh cepat masa berlalu pergi. Pejam celik dah masuk tahun ke-5 meninggalkan sekolah tu. Suasana sekolah pun dah banyak yang berubah. Benarlah, kenangan dan pengalaman memang tidak dapat dibeli di mana-mana melainkan kita yang merasainya sendiri. 

Untuk adik-adik sekalian, " WELCOME BACK TO SCHOOL!! ". Belajar rajin-rajin ok! Seriously, zaman sekolah best sangat. Jangan sia-siakan masa yang ada. :)

 From left, Bella, adik yang masuk hostel hari ini (form 4 dah) dan kak ayong.










# Di sini pemimpin dilahirkan.
# Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.
#sytra0610
#dexterity33
#ASPUTRA


With love, Bella. XOXO. :)

Thursday, 8 January 2015

Resepi Kek Batik Simple!

Assalamualaikum. Hai uolls. 
Alhamdulillah, Bella dah selesai final exam untuk sem ini. Yang bestnya, habis exam awal seminggu daripada orang lain. 1st time habis exam awal. Sebelum ini antara yang habis exam lewat jugak. Sebab tu jadi excited tu lebih sikit kali ini. Disebabkan agak lama juga tak aktif sangat berblogging ini, Bella nak share satu resepi yang sangat simple. Sesuai sangat untuk uolls yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan atau yang tak ada masa nak buat yang susah. Tak perlu masuk oven pun. Campak-campak ja, letak dalam peti sejuk dan boleh ngap!! Bella nak share resepi kek batik yang sangat simple dan diminati ramai. 

Bahan-bahannya :

- 1 paket milo kecil
-1 paket biskut marie (dipatahkan dua)
- 1 ketul butter 250 gram (guna marjerin pun boleh ja)
- 1 sudu besar esen vanilla (nak bagi ada rasa vanilla sikit kan)
- 1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan atau lebihkan ikut citarasa masing-masing)


Cara-caranya :

1) Masukkan seketul butter, sepaket milo kecil dan susu pekat ke dalam periuk atau kuali. Kacau selaju yang mungkin sebab bahan-bahan ini mudah melekit.
2) Apabila dah nampak sekata dan buih-buih mendidih, masukkan biskut marie. Kacau lagi sehingga semua biskut disaluti dengan coklat. Bila dah sekata, tutup api.
3) Masukkan ke dalam loyang atau apa-apa bekas. Tekan permukaan kek batik dengan sudu. Mampatkan kek ke seluruh loyang atau bekas.
4) Masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 hingga 5 jam. 
5) Kalau nak sedap lagi, taburkan nestum atau kekacang kat atas permukaan kek batik.


Siap untuk dimakan. Selamat mencuba uolls sekalian. Simple ja kan! :)

Yang satu tu Bella letak terus dalam bekas, yang lagi satu Bella lapikkan dengan plastik. Mudah nak potong sebab tak melekat kat bekas tu.


Tadaaaaa!! 
Kek batik simple siap untuk dimakan. :)


Love all of you to the moon and back. Till we meet again. XOXO. :)

Thursday, 1 January 2015

Welcome 2015.

Waktu terus berganti. Hari demi hari telah dilalui. Sungguh cepat masa berlalu pergi. Tahun 2014 yang penuh dengan suka dan duka sudah melabuhkan tirai. Masa lalu memang tinggal kenangan tapi tak boleh kita lupakan. Jadikan sebagai pelajaran untuk melangkah dengan lebih matang pada masa akan datang. Selamat datang tahun 2015. Semakin bertambah tahun, semakin meningkat usia dan semakin hampir kepada kematian. Semoga terus diredhai oleh Allah. Semoga tahun ini baik daripada sebelumnya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. ;)

# Semoga cepat bertemu jodoh. :p

Bella, makin bambam dah pipi tu.
Mohon diet ok!


Love all of you. Till we meet again after final exam ok. XOXO. :)