Ok, Bella bertolak ke Melaka hari Jumaat malam. Sampai kat Melaka awal pagi sabtu tu lah. Sampai je cari tempat nak check in tapi tak jumpa-jumpa pun. Last-last terjumpa lah Masjid Selat Melaka. Ok lah kan, boleh pergi melawat. Lagipun, tak pernah pergi lagi. Best jugak. Suasana aman, damai. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Pemandangan yang cantik. Rezeki lah kan, tak jumpa tempat nak check in tapi jumpa masjid yang cantik.
Inilah masjid Selat Melaka :)
Dah puas melawat sekitar masjid. Cari lagi tempat check in. At last, jumpa jugak. Yeah! Boleh rest dan segarkan diri sebelum sambung jalan-jalan sekitar bandar raya Melaka. Bella stay dan check in kat Caso Lago Apartment. Punya la susah nak cari tempat ni. Agak menyedihkan, tempat nak stay ini kurang memuaskan hati. Tapi tak pe sebab stay satu malam je kat situ. Hehehe :)
Tengah hari je dah ready nak sambung jalan-jalan sekitar bandar raya Melaka. Bella dan yang lain-lain buat keputusan untuk pergi ke Medan Samudera untuk shopping dan makan. Best jugak lah tempat ni. Suasana lebih kurang Bazar Padang Besar, Perlis gitu. Tapi yang bezanya kat sini ada banyak sangat beca untuk bawak pelancong melawat kawasan sekitar. Tambangnya boleh tahan la, RM25.00.
Antara barangan yang dijual :)
My mak & her friend :)
Bella & beca :)
Lepas puas shopping t-shirt dan lain-lain. Kami pergi pulak la melawat ke Muzium Samudera yang berhadapan je dengan Medan tu. Harga pun murah je nak masuk muzium samudera tu. Dewasa: RM3, Kanak-kanak RM1 je. Berbaloi kan. Murah + dapat banyak pengetahuan lagi. Kapalnya sangat lah besar, kagum sangat tengok. :)
Tak puas lagi berjalan, sambung pulak pergi ke Muzium Kapal Selam. Macam-macam berlegar di fikiran setelah tengok kapal selam tu. Macam mana lah diorang naikkan kapal sebesar tu naik ke atas darat. Korang mesti pergi tengok kalau tak rugi lah. Lagipun, murah sangat harganya. Dewasa RM1, Kanak-kanak RM0.50 je. Super dupper berbaloi kan. :)
Sebelah malamnya pulak, kitorang still nak berjalan-jalan lagi. Biasa lah bukan senang nak dapat peluang pergi bercuti kan. Lepas maghrib je, kitorang terus pergi ke Menara Taming Sari. Sebenarnya memang dah targer nak naik menara tu time malam. Best sangat. Suasana yang nampak daripada atas memang menarik. berbaloi lah dengan harganya. Fee untuk dewasa RM15 je. Ok lah kan, bukan selalu :)
Lepas tu, kitorang pergi naik River Cruise lah pulak. Yang ini paling best. Cantik sangat pemandangannya. Dah la murah je. Sangat-sangat lah berbaloi. Dewasa just RM10 je. Best sangat! Suasana romantik gitu. Untuk korang yang nak honey moon kat area ni best jugak tau. Romantic feel tu ada. Hahaha :p
Lepas puas dan letih, kitorang pun balik lah ke Caso Lago untuk beradu. Wahhh gitu. :)
Keesokannya, kitorang breakfast ke tempat yang orang sebutkan sangat. Pergi je memang suprise sangat. Orang sangat lah ramai di kedai makan tu. Kedai tu nampak simple, just tepi jalan tapi orang ramai yang amat. Memang kena tunggu turn untuk dapat tempat. Jual mi goreng dengan nasi lemak. Tapi diorang bagitahu yang paling bestnya mi goreng nya lah. Yang peliknya, untuk menandakan yang kita nak makan dan tempah mi goreng, kita terpaksa beratur panjang untuk dapatkan telur goreng mata dan letak atas meja. Kalau ada telur tu atas meja baru lah diorang akan hidangkan mi goreng tu. Pelik sangat kan? Lepas rasa, boleh tahan la. Not bad.
Lepas tu, kitorang terus bertolak untuk ke Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke Kuala Lumpur, Bella singgah ke Nilai dulu untuk shopping. Hehe. Mak Bella dengan kawan-kawan dia lah yang memborong. Bella beli 2 helai tudung je sebab rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Rasa nak beli semua sebab banyak sangat. Excited!!
Lepas puas, kitorang terus bertolak ke Kuala Lumpur. Biasalah gegirl kan mesti fikir shopping ja. Sampai ke KL terus pergi ke Jalan Tar. Orang tersangat lah ramai. Semua sibuk membeli belah. Kat sini pun rambang mata jugak. Banyak sangat baju, tudung, beg dan macam-macam lah. Excited nya!!
Kat Mydin ni semua barang offer 50%, memang excited nak ambik itu dan ini. Tapi Bella just beli 2 helai baju kelawar (baju tidur) dan baju untuk my nieces je :)
Kat Nagoya ini lah beli baju raya family Bella. Tunggu raya nanti kalau nak tengok coraknya. Tema tahun ini adalah black + maroon :)
Ini satu lagi tempat yang buat Bella sangat lah rambang mata, pilih tudung sampai berjam-jam sebab banyak sangat yang cantik. Shawl kat sini pun cantik. Dah la murah-murah ja. Sempat la grab 3 helai shawl dan tudung bawal + 1 helai blouse :)
Lepas shopping kat Jalan Tar, terus bertolak pulang ke Perlis. Dalam perjalanan pulang ada la singgah beberapa tempat lagi. Konklusinya, even pergi bercuti kejap je tapi best sangat dan dapat release tension. Sekarang kembali ke alam sibuk. Huhuhu. Nanti kalau ada masa lagi, kena pergi bercuti lagi lah.
*Thanks korang sebab sudi luangkan masa untuk membaca. Hope korang happy selalu. XOXO :)
No comments:
Post a Comment