Sunday, 22 September 2013

First Experience in USM :)

Selamat bertemu kembali. Sorry ye sebab dah lama tak update blog. Sibuk sangat-sangat sejak menjejakkan kaki ke universiti. * Bajet retis lah pulak kan *. Hahaha! Entry kali ni Bella just nak share pengalaman pertama masuk belajar kat universiti. Macam-macam pengalaman ada. Sorry ye kalau entry ni panjang sangat dan membuatkan korang malas nak baca, bukan apa excited sebenarnya excited nak share dengan korang semua. :)

Hari Pendaftaran

Bella daftar masuk ke USM 1 September yang lepas. Kiranya dah 3 minggu lah Bella kat USM ni. Masa hari pendaftaran satu family hantar Bella ke sana. Memang lah excited kan nak masuk universiti tapi rasa sedih nak tinggalkan family tetap ada. Homesick tu memang confirm! Tapi Bella selalu pegang pada kata-kata "HIDUP PERLUKAN PENGORBANAN UNTUK BERJAYA". Sejak STPM lagi Bella selalu lekatkan kata-kata ni kat dinding dalam bilik, kiranya macam semangat la. 

Sampai je kat sana rasa nervous pulak bila tengok ramai sangat yang berjaya masuk USM. Rasa bertuah sangat terpilih sebagai salah sorang warga USM. Tak payah nak cerita panjang-panjang kan, Bella dah sediakan gambar untuk tatapan korang. Cewahhhhh.

Yang ni time tunggu bas nak ke desa Bella. 
Kalau dapat desa RST (Restu, Tekun, Saujana) kena tunggu bas lah sebab desa ni sebelah luar universiti. Kalau nak jalan kena guna jejantas.

 Yang ni pulak dalam bilik Bella. 
Tengah kemas barang-barang.
Yang lain tengok je Bella kemas, tak adil betul. Hehe

 Budak kecik ni ja yang sibuk nak tolong Bella.
Tolong la sangat kan..


 Ini pulak pemandangan sekitar USM :)


Ini gambar keseluruhan desa RST ( Restu, Tekun, Saujana)
Cantik kan?
Dah perasan macam kondominium dah. Hahaha :P


 Sebahagian daripada desa Bella which is DESASISWA TEKUN!!
Memang terbaikkkk!

 Masih desa Tekun :)

 Pemandangan kat bawah desa Bella. :)

 Gerai usahawan mahasiswa USM pun kat bawah desa Bella ja.

Inilah jejantas yang Bella gunakan setiap hari sejak masuk USM sampai lah sekarang. Dulu ada jugak sakit urat la, lutut la, macam-macam hal tapi sekarang dah ok dah.
Bella ok, Bella dah besar! Hahaha.

Minggu Haluan Siswa

Minggu haluan siswa ni kiranya minggu orientasi lah kan. Macam-macam kitorang buat time ni. Time ni lah semangat desa masing-masing terserlah. Best sangat time ni. Boleh dikatakan setiap masa akan duduk dengan ahli desa masing-masing. Sebab ini jugaklah jarang jumpa kawan-kawan satu sekolah dulu. Kitorang just sms je lah time ni. Nasib lah Bella satu desa dengan Amalina dan Shahira. Ada la jugak geng kan. Hehehe.

Abang-abang dan kakak-kakak PPSL baik-baik sangat. Semua masalah dan persoalan diorang akan cuba selesaikan. Thanks seniors! Rasa selamat je even 1st time masuk U kan dah ada orang-orang yang bertanggungjawab macam diorang ni.

Minggu ini jugak kitorang dapat macam-macam info berguna daripada pihak U. Rasa syukur sangat dapat info-info ni sebab banyak yang membantu. From zero to hero pulak rasanya. Thanks kepada semua yang sudi membantu pelajar-palajar baharu USM.

Yang paling best time minggu haluan siswa ni ialah time "WALKROBIK". Memang terbaikkkkk la. Walkrobik ni kiranya macam lawan cheers la. Yang bestnya lawan kat tengah-tengah stadium yang sangat besar. Memang nervous jugak lah time ni. Dengan semangat desa masing-masing. Rasa macam nak berperang pun ada. Paling best desa Bella which is Desasiswa Tekun dapat first untuk cheers terbaik. Memang gempak cheers yang desa kitorang buat. Thanks abang Damien sebab ajar kitorang cheers ni sampai desa kita dapat first place untuk cheers. :)

 Ini diaaaa geng desa Tekun daripada sekolah yang sama.
Semangat kan kitorang siap pakai t-shirt Tekun lagi.

Hang Out Dengan Kawan-kawan Satu Sekolah

Dah alang-alang kitorang ramai yang dapat satu universiti, time hujung minggu je mesti plan nak keluar ke sana sini kan. Minggu 1st Bella dan kawan-kawan keluar pergi Tesco Extra Sungai Dua. Pergi jalan kaki je sebab dekat sangat dengan USM. Time ni Bella dengan kawan-kawan beli t-shirt sama. RM10 je pun kan tu yang sanggup beli. 

Minggu yang seterusnya kitorang hang out pergi Queensbay. Malam sebelum pergi tu kawan-kawan Bella bermalam kat bilik Bella. Kebetulan roomate Bella pulang bermalam kat rumah. Untung la orang Penang kan. Boleh balik rumah selalu. Pagi tu kiranya first time la kitorang naik student cab. Malu betul dengan abang driver tu. Nasib dia peramah. Rupanya dia penghuni desa Restu. Pergi pusing-pusing dekat Queensbay sampai tak tahu nak beli apa. Then balik dengan rapid Penang. Mula-mula tu tak tahu nak naik rapid yang mana satu. Memang takut la jugak. Biasa la first time kan. Hehehe.

Ini Nada dengan acu Ikah.
Diorang la yang datang daripada desa Aman Damai bermalam kat bilik Bella sebelum pergi Queensbay.

Then, bila petang atau ada masa free Bella dengan kawan-kawan selalu pergi lepak kat Tasik Fajar dan Tasik Aman Damai. Rasa tenang je bila lepak kat sana. Yang paling penting boleh tengok biawak yang tersangat lah besar dalam tasik tu. Biawak-biawak tu sebesar anak buaya. Serious tak tipu!

 Bella dengan Amalina kat Tasik Fajar. :)

Bella, Nada, Shahira dengan Amalina kat Tasik Aman Damai. :)

Kuliah :)

Buat masa sekarang Bella rasa semua kuliah pun ok. Takde apa-apa masalah lagi. Pensyarah-pensyarah pun awesome sangat. Kawan-kawan pun ok. Harap-harap untuk hari-hari mendatang semuanya akan semakin ok dan menggembirakan.

Pengalaman Pertama yang Lawak :)

1) First time naik bas dalam USM tapi tak tahu nak turun dan stop kat mana. So, round sampai 2 kali baru stop kat DTSP ( Dewan Tuanku Syed Putra ). Pakcik driver tu pun tengok pelik je kat kitorang. Sorry pakcik, kami tak tahu. hehehe.

2) Masuk library tanpa punch student card sampai pakcik jaga tu panggil kuat-kuat. Eh, mai punch student card dulu baru boleh masuk library. Dengan malu dan lawaknya, pergi punch card tu buat tak tahu je. Sorry pakcik jaga. :P

3) Kawan Bella yang nama Shahira tu tak tahu dia letak kat mana or bagi kat siapa payung dia time kitorang naik bas USM untuk balik ke RST. Sedar-sedar je payung dah takde kat tangan. Kesian dia. Sabar ye! Nanti kita beli payung baru.

4) Dapat jumpa kawan alam maya secara real. Kawan alam maya yang dimaksudkan tu ialah Arol Mubin. Banyak kali jugak la terserempak dengan dia tapi dia je yang tak perasan. Laju je dia ni jalan. Baru je 2 kali dapat jumpa dan bercakap dengan dia. Yang lawaknya kalau dalam FB atau Twitter kemain lagi terlebih mesra tapi bila jumpa macam nervous pulak. Tapi ok je sebenarnya. Dia ni tersangat lah sopan santun. Serious! Hehehe.


Itu je lah kot buat masa sekarang yang teramat busy ni. Nanti Bella update lagi bila free. Sekarang nak siap kemas barang sebab esok dah nak balik ke USM. Kejap je masa berlalu pergi. 3 hari kat rumah rasa macam 3 jam je. Memang sedih sebab nak kena tinggalkan family kat Perlis tapi demi mengejar impian dan cita-cita, Bella tabahkan jugak hati ini. Semoga segala pengorbanan dan usaha Bella akan mendapat hasilnya nanti insyaAllah. :)

Untuk mak yang tersayang, kak ayong dan adik-adik. Tunggu kak angah bawak balik segunung kejayaan.
InsyaAllah dekan tiap-tiap sem, itu janji kak angah!
Doakan kejayaan kak angah kat sana :)

*Untuk korang, till we meet again later. Assalamualaikum. Harap korang pun akan doakan kejayaan Bella. Bella jugak mendoakan kejayaan korang semua. :)

3 comments:

  1. Assalam , thanks atas prkongsian mnarik ni .. Best nya dpat msuk u .. Heheee

    ReplyDelete
  2. Assalam , thanks atas prkongsian mnarik ni .. Best nya dpat msuk u .. Heheee

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,hi Bella...sy nak Minta pendapat utk stay area sane ...Kami dri Johor Bahru hantar adik daftar Di USM 1 September 2019 ni...harap dpt bantu sy

    ReplyDelete