Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi ini dan sekali lagi diberi peluang untuk update entry baru. Alang-alang tengah cuti sem kan, if ada masa free dan ada cerita baru ja mesti Bella akan update. Doakan supaya internet kat rumah Bella sentiasa ok dan yang penting sentiasa laju. Senang la nak update entry baru. :)
Entry kali ini Bella just nak update yang simple-simple je. It's about "My Resolutions of 2014". Hari tu kan Bella dah janji nak update pasal benda ni. So, kena tunaikan lah sementara ada masa free dan masih berada dalam bulan Januari 2014 kan. Gituuuu..Ok la, tak nak berceloteh panjang. Now, I just wanna let you know about my resolutions for this year!!
Cewahhh, kemain gambar bagai, padahal resolutions ja pun. :)
List of my 2014 Resolutions:
~ Nak jadi anak yang solehah untuk my beloved mak & arwah ayah
~ Nak tingkatkan amal dan lebih dekatkan diri kepada-Nya
~ Cuba dapatkan dean list untuk tiap-tiap sem insyaAllah ( Must struggle, struggle & struggle...)
Usaha + doa + tawakal = kejayaan :)
~ Nak siapkan semua kerja, assignments dan segala tugasan yang diberikan on time insyaAllah.
~ Nak turunkan berat badan, kembali ke zaman study kat sytra dulu ( A lots of exercises, diet secara sihat, puasa setiap Isnin & Khamis )
Nak beli supplement yang mahal-mahal tu takde duit yang cukup, biasa la student kan. hehe :p
Yang lagi semangatnya tu, mak tegur nampak dah surut sikit sejak balik cuti sem ni. Yeahaaa!! I wanna lose moreeee!! Doakan Bella ok! :D
~ Nak kumpul duit banyak-banyak. ( Maybe aktifkan lagi business online Bella, I really hope sooo!! )
~ Nak belajar masak lebih banyak masakan yang adventure sikit kan. Kemain lagi. Hehe
Yang simple-simple dah lulus insyaAllah :)
~ Cari jodoh??? Macam lawak ja sebab muda lagi kot. Banyak benda lagi yang perlu dipelajari dan dipersiapkan. ( Fokus study dulu!! )
Soal jodoh & pertemuan ni, Bella serahkan pada Allah. Lambat atau cepat Bella terima dengan hati yang terbuka. Kalau ada sesape yang berminat, boleh terus mintak permission daripada mak. Boleh macam tu?? hehe :p
~ Azam lain?? Yang mana-mana terlintas di hati & fikiran yang teringin untuk dilaksanakan insyaAllah akan automatik jadi resolutions Bella jugak!! :)
Itu je kot yang mampu Bella berangan buat masa sekarang. InsyaAllah segala-galanya akan tercapai dengan izin-nya dan usaha Bella jugak. Harap korang akan sentiasa mendoakan Bella ok! Bella pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang jugak.
That's all from Bella. Till we meet in next entry. Love you!! XOXO :D
No comments:
Post a Comment