Friday 16 May 2014

Happy Teacher's Day :)

16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru.

Guru..
Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua cikgu yang pernah mendidik diri ini sama ada secara formal atau tidak formal. Mak, arwah ayah, cikgu-cikgu Tadika Pasti al-Wardatul Jannah, SK Utan Aji, SM Sains Tuanku Syed Putra, Pra-U SMK Perlis ( walaupun 2 hari ja pi. Pi hari daftar form 6 dengan hari isi borang pindah sekolah), Pra-U SMK Syed Alwi, semua pensyarah USM, ustazah kelas KAFA, ustazah belajar mengaji al-Quran dan sesiapa sahaja yang pernah memberikan ilmu kepada diri ini. Jasa kalian akan ku kenang selamanya. Tidak terbalas segala ilmu yang telah dicurahkan. Semoga Allah terus merahmati cikgu-cikgu sekalian. I Love all of you so much! Thanks for everything! 

# Tak dilupakan kepada semua bakal guru especially pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Selamat Hari Guru. 

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.


 Cikgu Chuah. (Cikgu BM time form 6).
Respect sangat kat cikgu ni sebab semua benda pasal BM dia tau. Dah la awesome yang amat.


Bersama-sama cikgu-cikgu tersayang.
Cikgu Intan (Cikgu Sejarah 2, merangkap guru kelas time form 6), Cikgu Mariyah ( Cikgu Pengajian Am 1) & Cikgu Wan Saleha ( Cikgu Geografi 1). 


Again. With guru-guru tersayang. 
Cikgu Intan, Cikgu Mariyah & Cikgu Manaf (Cikgu Pengajian Am time kuliah).


Madam Norhayaliza. ( Cikgu MUET)


From left: Cikgu Hasliza ( Cikgu BM time kuliah), Cikgu Yati ( Cikgu Ekonomi) & again Cikgu Chuah.


Yang tudung pink tu Cikgu Saerah (Cikgu geografi 2)

 Tak banyak sangat gambar cikgu-cikgu dalam laptop. Ada yang ni ja lah. Yang lain-lain, next time upload lagi. Walaupun takdak dalam gambar, saya tetap sayang semua cikgu. Thanks for everything cikgu!!  XOXO. :)


No comments:

Post a Comment