Saturday, 31 May 2014

Homemade Ice Cream :)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk update entry baru. Bahagia sangat dapat balik ke negeri tercinta, Perlis Indera Kayangan. Walaupun hanya study week, bukan cuti panjang lagi tapi hati berbunga-bunga ja bila balik ke rumah sendiri. Kalau balik rumah ja, mesti perasaan nak masak-masak tu membuak-buak. Excited kalau bab masak-masak ni. I love cooking sooooooooo much!!!

Kali ni Bella nak share resepi yang sangat simple, first time buat dan jadi. Homemade ice cream. 

Bahan-bahan:
  1. 1 tin susu pekat
  2. 1 tin susu cair
  3. 3 cawan air masak
  4. 3 sudu besar ovallete (penstabil makanan) - pastikan yang halal tau.
  5. Perisa ikut kesukaan masing-masing
  6. Pewarna makanan 
Cara-caranya:
  1. Masukkan susu pekat, susu cair, air masak dan ovallete. Kacau sebati dengan menggunakan mixture. Putar sehingga menjadi putih gebu. (nampak macam cream). - Putar lebih kurang setengah jam.
  2. Bahagikan adunan ke beberapa bekas mengikut perisa yang diinginkan. Kali ni Bella bahagi kepada 4 bekas sebab nak letak 4 perisa.
  3. Masukkan perisa yang kita nak. Bella masukkan 4 perisa iaitu Blueberry, strawberry, coklat dan vanilla.
  4. Selepas itu, masukkan warna yang bersesuaian dengan perisa yang kita pilih tu.
  5. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Nak bekas besar pun boleh, bekas kecil-kecil pun boleh. 
  6. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang seharian. Then, siap untuk dimakan.




That's all from Bella. Doakan Bella ada masa untuk update entry baru. Dah banyak dah entry yang tertangguh untuk diupdate. Exam fever sekarang ni. Curi-curi ja masa untuk masak-masak. Kalau lepas exam nanti, cuti lama boleh try masak macam-macam lagi. Nanti boleh Bella update resepi-resepi kat blog untuk dikongsi bersama kan. 

Thanks for everything. I love all of you. XOXO. :)

No comments:

Post a Comment