Thursday, 13 August 2015

Aidilfitri 2015 #teamrayaPerlis

Assalamualaikum wbt, hai semua. Bukan setakat berhabuk, dah bersawang dah blog ni. Entah apa yang busy sangat pun tak tahu lah. Tiap-tiap kali cuti sem memang berangan nak update segala jenis resepi, entry-entry baru tapi at last tak sempat pun. Tapi hari ni tiba-tiba terlebih rajin la pulak nak update entry baru setelah berbulan menyepi ja. Busy dengan exam, puasa, raya. Dah sampai 28 Syawal dah baru ingat nak update entry pasal raya. Yang penting, masih dalam bulan raya kan. Nak tempek gambar ja bebanyak. Here we goooo! ;)

1st day of Syawal


Ini warna tema untuk tahun ni. Mak is missing masa ni busy sembang dengan saudara mara.


Me, myself :)


Yang baju sama warna tu adik-adik dan kakak Bella. Yang lain tu semua anak-anak sepupu.




Yang mana mak sedara, yang mana anak sedara?


Sepupu Bella, kami panggil dia Acu. 


 Raya 1st tahun ni dah pi raya kat rumah-rumah sedara tok sebelah mak kat Abi, Perlis.




2nd day of Syawal

Hari ke-2 raya, family Bella pakai baju warna hitam putih. tudung bebas warna apa pun. :)
Hari ni adik bongsu pulak missing sebab sibuk raya dengan kawan-kawan dia. Dah dok hostel kan, time raya atau cuti la baru dapat jumpa kawan-kawan.









3rd day of Syawal


Masuk raya ke-3, semua pakai jubah yang makteh dan sepupu beli kat Mekah untuk kami. Hari ni raya kat rumah maksu kat Kg. Tok Kuning, Perlis. Dia buat open house. Makanan banyak dan sedapnya la. 


Bella dengan kak ayong sebelum pi rumah maksu.


Layan budak-budak dah jadi kewajipan. Tak raya pun sama ja.


Bella dengan Nini. Mak cakap muka Nini ada iras muka Bella masa kecik dulu. 
Ada nampak sama tak?


Ni la jubah yang makteh hadiah tu. Cantik kan? Lately, suka pakai jubah atau dress loose. Dan baru perasan raya tahun ni tak ada baju kurung pun.


Meet my sisters and nieces. :)
Family sebelah mak memang ramai gegirl jaa.












4th day of Syawal

Dapat jemputan walimatulurus kawan sekolah sains dulu. The bride and groom dua-dua sama batch daripada sekolah yang sama. Tahniah Meera dan Taza. Semoga bahagia hingga ke jannah. :)


Gegirls dengan pengantin baru. :)




Tetiba excited nak snap gambar kat board sekolah. 5 tahun dah tinggal sekolah kan.


Wefie dengan kawan-kawan sekolah dulu.




Ni ja yang sempat singgah rumah makan kuih raya. Thanks for coming guys.


Dah kot untuk 4 hari raya. Yang selebihnya asyik pi rumah terbuka. Makan, makan dan makan. Kat rumah pun tiap-tiap hari masak sedap. Raya memang diet tu ke laut la. Tak boleh tolak makanan yang ada. tiap-tiap hari pun sedap. Tapi alhamdulillah sempat puasa ganti dan puasa enam dalam bulan Syawal ni. 

Till we meet again in next entry. Thanks sebab sudi baca entry panjang lebar ni. Memang bila dah start menulis, susah nak stop. Lots of love from Bella. XOXO :)



1 comment:

  1. Wynn Resorts casinos - DrmCAD
    The Wynn and Encore casinos have 영주 출장마사지 been operating since 광명 출장마사지 1966. Wynn Las Vegas is 제주 출장샵 the resort's only and most luxurious 하남 출장마사지 resort 김천 출장마사지 on the Las Vegas Strip.

    ReplyDelete