Assalamualaikum wbt, hai semua. Disebabkan dah lama tak update resepi-resepi ni kan. Kali ni Bella nak share satu lagi resepi yang sangat lah mudah. Orang bujang macam Bella ni pun boleh buat. Moist chocolate cake. Selalu sangat buat kat rumah. Kalau ada yang tempah time Bella cuti pun Bella buat. Bella ni jenis yang suka masak dan try masak macam-macam jenis masakan tapi tak makan sangat. Lagi suka tengok orang lain makan. Rasa puas hati. Ok, jom tengok resepinya. :)
Resepi untuk kek coklat
Bahan A :
1 cawan serbuk koko (apa-apa jenama pun boleh guna)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)
Cara-caranya :
- Masak bahan A dalam periuk sampai sebati. Guna api kecil. Dah tu, sejukkan.
- Pukul telur sampai betul-betul kembang lebih kurang 5 minit dengan esen vanilla. (Nak guna blender pun boleh). Dah tu, masukkan ke dalam bekas sekali dengan bahan A yang dah dimasak tadi.
- Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Kalau boleh ayakkan dulu sebelum mix dengan bahan lain.
- Masukkan dalam loyang dan kukus dalam 45 minit hingga 1 jam.
Resepi untuk topping (ganache)
Bahan-bahannya :
300 gram coklat masakan (potong kecil)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas (tak nak letak pun boleh)
Cara-caranya :
- Panaskan semua bahan atas api kecil sehingga semuanya cair dan sebati. Dah sebati dan puas hati, boleh tutup api.
- Curahkan 1/2 ganache atas kek yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
- Biarkan lebih kurang 15 - 30 minit supaya ganache meresap masuk dalam kek.
- Lepas tu, curahkan lebihan ganache ke atas kek sampai habis.
- Boleh hias ikut kreativiti masing-masing nak letak apa. (optional)
Selamat mencuba. Jumpa lagi untuk next entry. Love all of you. XOXO :)
No comments:
Post a Comment