Saturday, 15 August 2015

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum wbt, hai semua. Disebabkan dah lama tak update resepi-resepi ni kan. Kali ni Bella nak share satu lagi resepi yang sangat lah mudah. Orang bujang macam Bella ni pun boleh buat. Moist chocolate cake. Selalu sangat buat kat rumah. Kalau ada yang tempah time Bella cuti pun Bella buat. Bella ni jenis yang suka masak dan try masak macam-macam jenis masakan tapi tak makan sangat. Lagi suka tengok orang lain makan. Rasa puas hati. Ok, jom tengok resepinya. :)

Resepi untuk kek coklat

Bahan A :
1 cawan serbuk koko (apa-apa jenama pun boleh guna)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara-caranya :
  1. Masak bahan A dalam periuk sampai sebati. Guna api kecil. Dah tu, sejukkan.
  2. Pukul telur sampai betul-betul kembang lebih kurang 5 minit dengan esen vanilla. (Nak guna blender pun boleh). Dah tu, masukkan ke dalam bekas sekali dengan bahan A yang dah dimasak tadi.
  3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Kalau boleh ayakkan dulu sebelum mix dengan bahan lain.
  4. Masukkan dalam loyang dan kukus dalam 45 minit hingga 1 jam.

Resepi untuk topping (ganache)

Bahan-bahannya :
300 gram coklat masakan (potong kecil)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas (tak nak letak pun boleh)

Cara-caranya :

  1. Panaskan semua bahan atas api kecil sehingga semuanya cair dan sebati. Dah sebati dan puas hati, boleh tutup api.
  2. Curahkan 1/2 ganache atas kek yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
  3. Biarkan lebih kurang 15 - 30 minit supaya ganache meresap masuk dalam kek.
  4. Lepas tu, curahkan lebihan ganache ke atas kek sampai habis.
  5. Boleh hias ikut kreativiti masing-masing nak letak apa. (optional)







Selamat mencuba. Jumpa lagi untuk next entry. Love all of you. XOXO :)

Thursday, 13 August 2015

Aidilfitri 2015 #teamrayaPerlis

Assalamualaikum wbt, hai semua. Bukan setakat berhabuk, dah bersawang dah blog ni. Entah apa yang busy sangat pun tak tahu lah. Tiap-tiap kali cuti sem memang berangan nak update segala jenis resepi, entry-entry baru tapi at last tak sempat pun. Tapi hari ni tiba-tiba terlebih rajin la pulak nak update entry baru setelah berbulan menyepi ja. Busy dengan exam, puasa, raya. Dah sampai 28 Syawal dah baru ingat nak update entry pasal raya. Yang penting, masih dalam bulan raya kan. Nak tempek gambar ja bebanyak. Here we goooo! ;)

1st day of Syawal


Ini warna tema untuk tahun ni. Mak is missing masa ni busy sembang dengan saudara mara.


Me, myself :)


Yang baju sama warna tu adik-adik dan kakak Bella. Yang lain tu semua anak-anak sepupu.




Yang mana mak sedara, yang mana anak sedara?


Sepupu Bella, kami panggil dia Acu. 


 Raya 1st tahun ni dah pi raya kat rumah-rumah sedara tok sebelah mak kat Abi, Perlis.




2nd day of Syawal

Hari ke-2 raya, family Bella pakai baju warna hitam putih. tudung bebas warna apa pun. :)
Hari ni adik bongsu pulak missing sebab sibuk raya dengan kawan-kawan dia. Dah dok hostel kan, time raya atau cuti la baru dapat jumpa kawan-kawan.









3rd day of Syawal


Masuk raya ke-3, semua pakai jubah yang makteh dan sepupu beli kat Mekah untuk kami. Hari ni raya kat rumah maksu kat Kg. Tok Kuning, Perlis. Dia buat open house. Makanan banyak dan sedapnya la. 


Bella dengan kak ayong sebelum pi rumah maksu.


Layan budak-budak dah jadi kewajipan. Tak raya pun sama ja.


Bella dengan Nini. Mak cakap muka Nini ada iras muka Bella masa kecik dulu. 
Ada nampak sama tak?


Ni la jubah yang makteh hadiah tu. Cantik kan? Lately, suka pakai jubah atau dress loose. Dan baru perasan raya tahun ni tak ada baju kurung pun.


Meet my sisters and nieces. :)
Family sebelah mak memang ramai gegirl jaa.












4th day of Syawal

Dapat jemputan walimatulurus kawan sekolah sains dulu. The bride and groom dua-dua sama batch daripada sekolah yang sama. Tahniah Meera dan Taza. Semoga bahagia hingga ke jannah. :)


Gegirls dengan pengantin baru. :)




Tetiba excited nak snap gambar kat board sekolah. 5 tahun dah tinggal sekolah kan.


Wefie dengan kawan-kawan sekolah dulu.




Ni ja yang sempat singgah rumah makan kuih raya. Thanks for coming guys.


Dah kot untuk 4 hari raya. Yang selebihnya asyik pi rumah terbuka. Makan, makan dan makan. Kat rumah pun tiap-tiap hari masak sedap. Raya memang diet tu ke laut la. Tak boleh tolak makanan yang ada. tiap-tiap hari pun sedap. Tapi alhamdulillah sempat puasa ganti dan puasa enam dalam bulan Syawal ni. 

Till we meet again in next entry. Thanks sebab sudi baca entry panjang lebar ni. Memang bila dah start menulis, susah nak stop. Lots of love from Bella. XOXO :)



Tuesday, 7 April 2015

Hari Tua. :)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera uolls sekalian. 
Rasanya dah berhabuk dah blog ni sebab tak sempat nak update apa-apa. Busy yang amat sangat. Hari tu janji nak update macam-macam time cuti sem. At last, berhabuk macam tu jugak sebab memang tak sempat nak update apa-apa. Biasa lah dah cuti balik rumah kan. Busy dengan family tercinta. :)

Then, bila dah masuk balik untuk sem baru ni pun makin busy jugak. Lagi busy bila banyak kerja yang dapat perlu diselesaikan dalam satu masa. Yang penat dan sedihnya tu sebab sem kali ni tak ada midsem break. Tu lah yang letih sangat sebab terkejar-kejar nak setel semua benda dalam masa yang singkat. *Itu bukan merungut, monolog ja. Boleh macam tu? Hihi

Ok, tak nak berceloteh panjang. Just nak campak belakang hari-hari yang penting dan bermakna dalam hidup Bella. Yang berlaku dalam seminggu dua ni which are my birthday and my beloved queen of my heart birthday who is my mak!

28 Mac

Alhamdulillah. I'm officially turns to 20 plus years old.*Nak jugak berahsia umur tu. Lol. Semoga hidup ini sentiasa dirahmati dan diredhai oleh-Nya. Semakin bertambah umur, semakin hampir kepada kematian. Untuk mak dan arwah ayah, thanks for everything. Mak yang sentiasa jadi best friend di saat susah dan senang. Sentiasa bagi kata-kata semangat. Arwah ayah yang berusaha dengan penuh kasih sayang untuk membesarkan anak manja dia. Terima kasih juga kepada kak ayong, adik-adik dan family yang sentiasa ada di saat susah dan senang. Semoga hati dan diri ini sentiasa sado dalam apa jua keadaan. Akhir sekali, thanks for all the wishes tak kira la melalui call, sms, whatsapp, FB, Insta, yang cakap face to face. Kebanyakannya wish supaya cepat bertemu jodoh. 
Me love all of you! ;)



2 April

Alhamdulillah ya Allah for giving me the best mom in this world. Today is her birthday. Happy birthday to mak, may Allah bless you. You're my strength, my guidance and my best friend ever. My life has been blessed by having a mother like you. You pray for me, you love me and you're there to support all that I do. No matter how hard I try, no matter what I do, I would never be able to show you how much I appreciate everything you have done for me. Thanks for everything mak. Angah will always love you. :)



Thats all from Bella. Banyak kerja yang sedang menanti. Tuannya curi masa update blog pulak. *Pheww!
Bella love all of you. XOXO. :)

Sunday, 11 January 2015

Welcome back to school!! :)

Assalamualaikum dan hai uolls.
Aktiviti untuk hari ke-3 cuti semester ini ialah hantar adik bongsu balik hostel. Terimbau segala kenangan sepanjang zaman sekolah kat situ dulu. Sungguh cepat masa berlalu pergi. Pejam celik dah masuk tahun ke-5 meninggalkan sekolah tu. Suasana sekolah pun dah banyak yang berubah. Benarlah, kenangan dan pengalaman memang tidak dapat dibeli di mana-mana melainkan kita yang merasainya sendiri. 

Untuk adik-adik sekalian, " WELCOME BACK TO SCHOOL!! ". Belajar rajin-rajin ok! Seriously, zaman sekolah best sangat. Jangan sia-siakan masa yang ada. :)

 From left, Bella, adik yang masuk hostel hari ini (form 4 dah) dan kak ayong.










# Di sini pemimpin dilahirkan.
# Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.
#sytra0610
#dexterity33
#ASPUTRA


With love, Bella. XOXO. :)

Thursday, 8 January 2015

Resepi Kek Batik Simple!

Assalamualaikum. Hai uolls. 
Alhamdulillah, Bella dah selesai final exam untuk sem ini. Yang bestnya, habis exam awal seminggu daripada orang lain. 1st time habis exam awal. Sebelum ini antara yang habis exam lewat jugak. Sebab tu jadi excited tu lebih sikit kali ini. Disebabkan agak lama juga tak aktif sangat berblogging ini, Bella nak share satu resepi yang sangat simple. Sesuai sangat untuk uolls yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan atau yang tak ada masa nak buat yang susah. Tak perlu masuk oven pun. Campak-campak ja, letak dalam peti sejuk dan boleh ngap!! Bella nak share resepi kek batik yang sangat simple dan diminati ramai. 

Bahan-bahannya :

- 1 paket milo kecil
-1 paket biskut marie (dipatahkan dua)
- 1 ketul butter 250 gram (guna marjerin pun boleh ja)
- 1 sudu besar esen vanilla (nak bagi ada rasa vanilla sikit kan)
- 1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan atau lebihkan ikut citarasa masing-masing)


Cara-caranya :

1) Masukkan seketul butter, sepaket milo kecil dan susu pekat ke dalam periuk atau kuali. Kacau selaju yang mungkin sebab bahan-bahan ini mudah melekit.
2) Apabila dah nampak sekata dan buih-buih mendidih, masukkan biskut marie. Kacau lagi sehingga semua biskut disaluti dengan coklat. Bila dah sekata, tutup api.
3) Masukkan ke dalam loyang atau apa-apa bekas. Tekan permukaan kek batik dengan sudu. Mampatkan kek ke seluruh loyang atau bekas.
4) Masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 hingga 5 jam. 
5) Kalau nak sedap lagi, taburkan nestum atau kekacang kat atas permukaan kek batik.


Siap untuk dimakan. Selamat mencuba uolls sekalian. Simple ja kan! :)

Yang satu tu Bella letak terus dalam bekas, yang lagi satu Bella lapikkan dengan plastik. Mudah nak potong sebab tak melekat kat bekas tu.


Tadaaaaa!! 
Kek batik simple siap untuk dimakan. :)


Love all of you to the moon and back. Till we meet again. XOXO. :)

Thursday, 1 January 2015

Welcome 2015.

Waktu terus berganti. Hari demi hari telah dilalui. Sungguh cepat masa berlalu pergi. Tahun 2014 yang penuh dengan suka dan duka sudah melabuhkan tirai. Masa lalu memang tinggal kenangan tapi tak boleh kita lupakan. Jadikan sebagai pelajaran untuk melangkah dengan lebih matang pada masa akan datang. Selamat datang tahun 2015. Semakin bertambah tahun, semakin meningkat usia dan semakin hampir kepada kematian. Semoga terus diredhai oleh Allah. Semoga tahun ini baik daripada sebelumnya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. ;)

# Semoga cepat bertemu jodoh. :p

Bella, makin bambam dah pipi tu.
Mohon diet ok!


Love all of you. Till we meet again after final exam ok. XOXO. :)

Saturday, 27 December 2014

Tips untuk Study Smart :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera uolls. :)

Bella ada nak share something dengan semua which is " TIPS UNTUK STUDY SMART ". Bella ada jumpa masa scroll FB. Tengah study dan rasa ngantok so, Bella pun online la FB kejap dan terjumpa tips atau petua yang sangat berguna dan bermanfaat ni. Apa salahnya Bella nak share dengan semua orang kan. Sharing is caring kan uolls. Cakap tak nak update apa-apa entry selagi tak habis exam tapi bila jumpa benda ni terus rasa nak share dengan semua so, terupdate la entry ni. 

Ok, ini semua list tips untuk study smart yang Bella dah edit dan boleh uolls cuba amalkan. :)

1. Tutup semua sistem komunikasi. FB, TWITTER, WHATSAPP DLL. Tutup ketika anda mengulangkaji. Jika 2 jam, tutup 2 jam. Kerana kajian menunjukkan otak manusia kurang mampu melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Tengok baik punya hafal dan cuba nak faham, mesej whatsapp masuk. Oh shit, sangat mengganggu pembelajaran.

2. Pastikan anda berada dalam suasana yang membantu anda untuk study. Contohnya Perpustakaan. Kerana di bilik, penyakit hilang fokus selalu menghinggapi otak kerana tilam yang gebu dan cadar yang wangi sering tersenyum kepada anda membuatkan anda tergoda dan beralasan "baring 5 minit jap lah, kang sambung balik".

3. Pastikan anda sudah membaca paling kurang sekali bahan bacaan yang cuba dihafal dan difahami. Bentuk hafalan yang paling cepat adalah dengan cara anda membuat peta minda dengan pen warna warni dan bentuk hafalan paling cepat adalah anda mengaitkan hafalan sesuatu benda dengan benda disekeliling anda. Kalau cuba hafal nombor, cuba relatekan nombor yang dihafal dengan kelahiran orang yang terdekat dengan kita contohnya so, bila terlupa nombor tu, cepat-cepat anda ingat tanggal kelahiran orang tersebut. jadi automatik ingatan akan kembali tentang perkara yang cuba diingat. :)

4. Baca dengan kawan-kawan, buat discussion, dan cuba buat soal jawab dengan kawan-kawan. Selagi perkara itu kita tidak dapat jawab, bermakna kita belum kuasai. Berbeza dgn baca sendiri, biasanya diri sendiri tak tahu apa yg perlu dia baca. Kan?

5. Buka isi kandungan buku dan tengok setiap topik, apabila sampai ke satu-satu topik, bayangkan perkara yang sudah dibaca atau gmbaran ringkas tentang topik tersebut. Jika anda tidak boleh membawa gmbaran ringkas tentang sesuatu tajuk yang anda lihat, bermakna anda belum kuasai.

6. Sebelum tidur, baca sekali lagi secara pantas dan lihat sekali pintas peta minda yang telah dibuat. ini kerana minda separa sedar berkemungkinan menyimpan objek yang dilihat sebelum tidur kedalam otak dan akan membantu anda disuatu ketika di dalam dewan peperiksaan. Syaratnya? Jangan stress.

7. Bangun dari tidur (sebaiknya bangun sejam sebelum subuh), solat dua rakaat dan buka bahan bacaan yg dibaca malam tadi sebelum tidur. ini adalah waktu oksigen menyerap kedalam otak dengan pantas, apa yang dibaca ketika ini akan mendarah daging dalam otak.

8. Sejam sebelum peperiksaan, tutup semua bahan bacaan dan rileks and say all is well. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan tenang dan cuba bantu kawan-kawan yg masih tertanya-tanya dalam sesuatu bab.

9. Baca semua soalan peperiksaan dan mulakan dengan soalan yang mudah dan yakin disusuli dengan soalan yang susah. Take your time. Jangan gopoh. Kalau masa diberi 3 jam, guna 3 jam.

10. Akhir sekali, belajarlah untuk cemerlang dan dengan rasa ingin tahu perkara baharu bukan sebab kejar gred semata-mata dan hafal tak menentu ok.



That's all from Bella. Till we meet again. Doakan Bella dapat jawab exam yang akan bermula pada 29/12/2014 hingga 8/1/2015 dengan cemerlang ok. Doakan Bella dapat dekan kali ni. InsyaAllah, aminn. Love all of you to the moon and back. XOXO. :)