Saturday 25 May 2013

Puding Milo Lapis Cream-O


Hari ni Bella nak share dgn korang semua cara-cara nak buat puding yang sangat simple dan sangat sesuai dicuba oleh semua anak-anak dara yang masih bujang tu.Puding yang simple ini ialah "Puding Milo Lapis Cream O". Sebenarnya Bella ni memang minat plus suka sangat nak cuba resepi-resepi yang baru jumpa. Boleh belajar masak gituuu.. Kononnya lah kan. :) Ok lah, harap korang enjoy dan cuba buat resepi puding yang Bella share ni ya! Good Luck !


Bahan-bahan:
20gram serbuk agar2 (agar-2 yang biasa pun boleh)
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
Satu bungkus oreo (135g) (cream o pun boleh.) - patahkan dua2

Cara-cara:
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  2. Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
  3. Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
  4. Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk.
  5. Potong dan Hidangkan.


Ini lah bahan-bahan yang Bella guna =)

 1 tin susu cair (400ml)


 750ml air


 150g gula


 1 paket cream-O


 20g agar-agar


3/4 cawan milo

Cara-cara nak buat lapisan:

 Patahkan cream-O


 Lapisan pertama letakkan bhgn yg dicampur dgn Milo :)


 Lapisan kedua letakkan bhgn yg susu je, tak de Milo :)


 Taburkan Cream-O selepas atas lapisan kedua :)


Lapisan last which is lapisan ketiga letakkan bhgn yg dh dicampurkan dgn milo seperti lapisan pertama tadi :)

Dan ini lah hasilnya :)









#Ini je kot yang Bella nak share dgn korang semua. Harap korang suka! Bella pun berharap korang akan cuba resepi ini. Thanks sbb sudi baca. Untuk kita-kita je! XOXO :)

2 comments: