Alhamdulillah ya Allah sebab masih memberi peluang dan ruang untuk update entry baru. Al maklumlah, bila cuti semester dah berakhir dan semester yang baru telah bermula, maka bermula lah kehidupan yang busy. Jangan mengeluh! Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Fighting!!
Time cuti sem, ada jugak Bella rancang nak update entry pasal segala aktiviti yang dijalankan sepanjang cuti. Tapi tak sempat, busy ke sana sini. Maybe next entry? I hope sooo. At the end of sem break, the result of the examination was announce. Agak frust sebabnya tak dapat dean list. Mungkin bukan rezeki Bella lagi. Tapi Bella tetap bersyukur pada Allah sebab dah bagi rezeki sebanyak tu. Alhamdulillah walaupun just dapat hampir dekan. Mulakan semangat baru dan struggle lebih lagi untuk dapatkan dekan. :)
Tutup buku lama, buka buku baru untuk sem 2 ni. Semoga terus diberi kekuatan untuk hadapi sem ini dan seterusnya. Yang penting, jangan berputus asa, sentiasa berdoa pada Allah dan bertawakal kepada-Nya. Sepanjang minggu ini pun dah mula busy dan makin terasa akan busy bermula minggu depan. Sebabnya segala tugasan akan diberikan minggu depan. Kena siap siaga fizikal dan mental. Semoga Allah permudahkan segala urusan Bella. Keep strong Bella!!
Harapan dan Target untuk sem 2 :
- Sentiasa ada extra semangat dan usaha untuk hadapi segala yang akan berlaku sepanjang sem 2 ni. Kiranya persediaan fizikal dan mental yang rapi. :)
- Nak belajar sungguh-sungguh. Super dupper struggle untuk sem ni. Nak ambik dekan pulak insyaAllah. Mak pun dah bagi cabaran. So, Bella tak nak hampakan segala harapan mak.
- Tak nak bazirkan masa dengan benda yang tak berfaedah. Study lebih takpe, jangan tidur lebih sudah.
- Nak saving money! Beli makanan just once daily. Kalau lapar jugak, makan je lah apa yang ada dalam bilik tu. Cakap diet kan. :)
- Nak siapkan semua tugasan on time, tak nak tangguh-tangguh macam sem lepas. Dengan senang hati je siapkan semua tugasan dan hantar. Best sangat. Bak kata orang utagha, "Tak kaluit sangatt".
- Nak jadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah, Bella akan cuba yang terbaik. Doakan Bella ya! :D
With love from USM. :)
Hidup memang perlukan pengorbanan untuk berjaya.
That's all from Bella. Nanti ada masa, Bella akan update lagi entry baru. Doakan kejayaan dan kebahagiaan Bella ya! Bella juga sentiasa mendoakan semuanya. Next entry la pulak sambung berceloteh. Till we meet again insyaAllah. Love you! XOXO :)
No comments:
Post a Comment