Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab masih diberi peluang untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini. Dapat juga curi sedikit masa untuk update entry baru. Macam tajuk entry kali ini, Bella sedang melalui hari-hari yang busy dan sangat meletihkan. Padahal baru ja 2 minggu kat USM. Macam-macam benda yang perlu diuruskan dan diselesaikan. Letih yang amat. Semoga Allah terus memberi Bella kekuatan menghadapi hari-hari yang akan mendatang.
Bella just nak share apa yang busy sangat tu. Macam-macam hal yang perlu diselesaikan. Terpaksa untuk kuat walaupun pada hakikatnya dah sakit satu badan ni akibat terlalu sibuk dan tak cukup rehat plus tidur. Tapi Bella yakin, Allah tak akan duga seseorang itu melebihi kesanggupannya. Keep strong Bella!!
Kelas : Kuliah + Tutorial :)
Yang ini memang tak perlu nak merungut sebab dah kewajipan semua student untuk masuk kuliah dan tutorial. Yang menyebabkan busy tu sebab terpaksa berkejar ke sana sini untuk daftar tutorial, masuk tutorial nak dapatkan tajuk tugasan dan sebagainya, masuk kelas awal sebab dah gabung 2 school (takut tempat tak cukup kalau lewat), cari buku-buku rujukan + nota-nota untuk kuliah dan tutorial. Jangan mengeluh Bella!! Teruskan berusaha. Keep strong!! Stay smile. :)
First day tutorial for Pengantar Sejarah. #HSA101
Bella, Eda & Sha. :)
Persiapan untuk Tayangan Wayang Amlis (Angkatan Mahasiswa Perlis). :)
Untuk program ini, Bella ditugaskan untuk jadi sekriteriat bahagian pendaftaran. Program ini pun dirancang dan dilaksanakan dalam keadaan yang terlalu mendadak. Sebab itulah, rasa letihnya tu rasa double letih. Sebabnya terpaksa buat itu dan ini dalam masa yang terdekat. Kitorang akan laksanakan program ini hari Rabu malam nanti. Tayang movie Hanger Game Catching Fire. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Sekarang masih dalam proses penjualan tiket, sediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah dan sebagainya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua. :)
Kami tengah balut hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah. :)
Majlis Pentauliahan Vigil Kelanasiswa :)
Ini satu lagi program wajib untuk semua ahli kelanasiswa. Tanpa pentauliahan vigil ini, kami tak diiktiraf sebagai seorang kelanasiswa. Event ini bermula pada pukul 10 malam hari Jumaat lepas, habis pukul 5 pagi. Betapa tak cukup rehatnya sebab sepanjang minggu ini tersangat lah sibuk. Tapi Bella cuba untuk kuat. Bila difikirkan balik, kalau tak berkorban masa sekarang, nanti time level 200 baru boleh dapat vigil ini sama dengan juniors yang bakal daftar nanti. Lebih baik bersusah-susah dahulu kan. Malam ini kitorang ada buat test kenal diri, makan-makan sambil suap kawan-kawan. Sweet ja rasa sebab dapat eratkan ukhwah. Ada persembahan daripada setiap krew. Lastly, baru lah dapat vigil. Lega rasanya semua dah selesai walaupun 5 pagi baru habis program.
Ujian kenal diri. :)
Muka yang masih tersenyum walaupun waktu dah hampir 5 pagi.
Yang penting semua dah selesai. :)
Program Wacana Ilmu. :)
Dah 2 siri program wacana ilmu dijalankan sepanjang 2 minggu kat sini. Excited sangat sebab dapat jumpa orang-orang yang sangat dikagumi oleh semua belia. Double keterujaan bila dapat jumpa depan mata. Speechless!! 1st, Ustaz Fathul Bari datang berdiskusi dengan students USM. Tapi tak sempat nak ambik gambar. 2nd, YB Khairy Jamaluddin datang ke USM berdiskusi dengan students dan melancarkan pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Walaupun hari Isnin baru boleh ambik baucer kat school masing-masing tapi otak dah ligat berfikir nak beli apa. :)
Tetap tersenyum. :)
Outing with Le Friends. :)
Setelah berpenat lelah sepanjang 2 minggu ini, nak jugak lah merehatkan diri. Walaupun letih, bila dah dapat gather dengan kawan-kawan memang best even takde lah pergi tempat-tempat yang eksklusif. Nama pun student kan, duit kena jimat. ;)
Dinner with friends after class. #KFC Sg, Dua. :)
Our lunch for the next day. :)
Each a cup.
Yogurt strawberry with mix fruits jelly!! I'm lovin it!!
Bella, Melly & Eda. :)
Shopping!!
Bella, Sha & Melly. :)
Itu je rasanya yang Bella boleh berceloteh. Doakan Bella ada masa untuk update entry baru dan tak gabung macam ini dah. Mata pun dah berat minta untuk direhatkan. Esok kelas pagi. Jangan sampai terjaga lewat. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Doakan Bella ok! I'll do the same to all of you. Love you! XOXO. :)
No comments:
Post a Comment