Tuesday, 1 April 2014

Sensitifkah aku??

Setiap manusia ada perasaan, emosi, dan masalah tersendiri yang menyebabkan mereka berbeza-beza perangai dan sifat. Tapi semua faktor tersebut mampu dikawal demi menjaga hati pihak lain. Mungkin susah, dan mungkin terlalu sukar untuk menjaga hati orang lain. Kadang-kadang kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi apakan daya, masih belum mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Masih ada kekurangan dan masih ada rasa tidak senang dalam hati mereka. Kadang-kadang kita perlu memahami orang lain lebih dari memahami diri sendiri. Membiarkan hati sendiri sakit demi menjaga hati orang lain. Mengambil berat perihal orang lain lebih daripada menjaga perihal sendiri. Seikhlas mana pun hati, pasti akan terusik tatkala usaha yang dilakukan sia-sia. Bukan balasan yang diharapkan, tapi hanya sedikit penghargaan yang menunjukkan bahawa usaha kita dihargai. 

Sabar selagi mampu. Senyum selagi boleh. :)

No comments:

Post a Comment