24 November 2009, 5.25 petang! 2 hari selepas hari lahir ayah dan 2 hari sebelum Hari Raya Aidiladha. Kak ayong baru selesai jawab paper BM STPM. Tarikh dan masa yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayatku. Hari ni cukup 5 tahun ayah meninggalkan kami sekeluarga. Masih segar dalam ingatan saat-saat arwah ayah menghembuskan nafas yang terakhir depan mataku. Ayah sempat genggam erat tangan mak dan tenung mata mak sambil mengalirkan air mata. Ya Allah, tempatkan arwah ayah bersama-sama dengan orang yang beriman. How I miss you, my hero! You're my everything. Ayah, I might find a prince one day but you’ll always be the king in my heart. Al-fatihah untuk arwah ayah.
I ♥ Allah, Rasulullah, my dad & mum, siblings and also my friends.. ~ Always trying to be the best version of myself..~ Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart..♥
Thursday, 27 November 2014
Sunday, 2 November 2014
Hari Jubah Kak Ayong
Assalamualaikum uolls!! Setelah sekian lama menyepi dan terlalu busy, malam ni tetiba ja Bella rasa rindu nak menulis. Blog pun dah lama bersawang tak dijenguk. Almaklumlah terlalu busy dengan segala macam hal. Sebenarnya banyak sangat entry yang nak share dengan engkorang semua tapi tak ada masa yang sesuai. Tak nak berceloteh panjang, Bella just nak share the best moment ever which is moment " Hari Jubah " Kak Ayong who is the only one kakak yang Bella ada. She graduated from University of Malaya. Congratulation kak ayong. I'm really proud of you. You deserve to get it!! You inspiring me a lot. Love you kak ayong!! ;)
Meh Bella belanja gambar banyak-banyak sebab dah lama menyepi kan. Jemput tengok eh! :)
Tumpang pegang sebab diri sendiri lambat lagi.
InsyaAllah 2 tahun setengah lagi. Doakan Bella ok! :)
Ok, yang ni pulak gambar-gambar post-convo. Time ni tinggal Bella dengan kak ayong ja kat KL sebab yang lain semua dah balik Perlis.
Itu ja daripada Bella untuk kali ini. Just a simple entry sebab nak bagi hilang habuk yang ada. Dah lama sangat kan tak update entry-entry baru. Entry-entry yang tak sempat tulis lagi pun ada, simpan untuk lain kali ja lah. Nanti bila-bila free Bella update lagi.
Thanks uolls sebab sudi baca entry Bella kali ini. Love uolls to the moon and back! Till we meet again. XOXO. :)
Saturday, 31 May 2014
Homemade Ice Cream :)
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk update entry baru. Bahagia sangat dapat balik ke negeri tercinta, Perlis Indera Kayangan. Walaupun hanya study week, bukan cuti panjang lagi tapi hati berbunga-bunga ja bila balik ke rumah sendiri. Kalau balik rumah ja, mesti perasaan nak masak-masak tu membuak-buak. Excited kalau bab masak-masak ni. I love cooking sooooooooo much!!!
Kali ni Bella nak share resepi yang sangat simple, first time buat dan jadi. Homemade ice cream.
Bahan-bahan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 3 cawan air masak
- 3 sudu besar ovallete (penstabil makanan) - pastikan yang halal tau.
- Perisa ikut kesukaan masing-masing
- Pewarna makanan
Cara-caranya:
- Masukkan susu pekat, susu cair, air masak dan ovallete. Kacau sebati dengan menggunakan mixture. Putar sehingga menjadi putih gebu. (nampak macam cream). - Putar lebih kurang setengah jam.
- Bahagikan adunan ke beberapa bekas mengikut perisa yang diinginkan. Kali ni Bella bahagi kepada 4 bekas sebab nak letak 4 perisa.
- Masukkan perisa yang kita nak. Bella masukkan 4 perisa iaitu Blueberry, strawberry, coklat dan vanilla.
- Selepas itu, masukkan warna yang bersesuaian dengan perisa yang kita pilih tu.
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Nak bekas besar pun boleh, bekas kecil-kecil pun boleh.
- Simpan dalam peti sejuk lebih kurang seharian. Then, siap untuk dimakan.
That's all from Bella. Doakan Bella ada masa untuk update entry baru. Dah banyak dah entry yang tertangguh untuk diupdate. Exam fever sekarang ni. Curi-curi ja masa untuk masak-masak. Kalau lepas exam nanti, cuti lama boleh try masak macam-macam lagi. Nanti boleh Bella update resepi-resepi kat blog untuk dikongsi bersama kan.
Thanks for everything. I love all of you. XOXO. :)
Sunday, 25 May 2014
Night of Glamorous :)
Assalamualaikum w.b.t. Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat. *Ayat skema*. Dah lama rasanya tak update blog. Busy macam-macam hal sebenarnya. Padahal dah bersusun entry yang nak share. Asyik busy ja, tak sempat nak update blog. Ini pun ada sedikit masa senggang untuk update setelah melalui hari-hari yang makin busy. Seriously cakap minggu ni antara minggu yang sangat busy. Submit segala assignment, present dalam tutorial, oral test, test dalam kuliah & tutorial, meeting, dinner, AGM anak negeri. *Letih yang amat*.
Ok lah, Bella tak nak melalut panjang-panjang. Entry kali ini Bella nak share pasal " The Night of Glamorous". Kemain nama kan. Tema dinner anak negeri Perlis yang study kat USM. Walaupun just hias simple-simple ja, tak ramai sangat yg datang, tetap jugak meriah. Tak payah cerita panjang lah, jemput tengok gambar je lah. Malas nak menaip panjang-panjang sebab dah pening tengok skrin laptop menaip assignment.
Posing setelah penat selesaikan persiapan tempat.
Baju yang sama daripada 7 pagi hingga ke 7 malam sebab tak sempat balik bilik.
Sebelum bertolak pergi ke dinner.
Kat Desa Tekun.
When "The Night of Glamorous" began. :)
Nasi beriani + ayam masak merah + daging masak hitam + dalca + acar.
Penasihat AMLIS.
Dr. Hasnah.
Mantan penasihat AMLIS.
Dr. JJ.
Selfie everywhere. :)
My friends and Bella.
From left: Eda, Ieka, Eiqa, Kak Wani, Bella, Ikah, Sha & Melly.
With the prom queen of the night, Kak Wani.
Bersama penasihat AMLIS, Dr. Hasnah.
Acara memotong kek.
Duo :)
Me, myself. :)
Pakai ja baju yang mana ada kat rumah, baju raya tahun lepas.
Apa yang penting, berbaju. :)
That's all from Bella. Till we meet again in the next entry.
Thanks for everything.
I love all of you. XOXO. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































