Wednesday, 24 July 2013

Dexterity Reunion :)

Iftar with the Dexter's :)

Alhamdulillah setelah sekian lama Bella dan kawan-kawan Dexter's tidak berjumpa, akhirnya kami berjumpa jugak sebab ada yang telah merencanakan events yang melibatkan kami semua. How happy am I bila dapat gather balik dengan kawan-kawan Sytra. Boleh lah melepaskan rindu kan. Lupa pulak nak bagitahu, Dexterity means nama batch Bella time sekolah kat Sytra dulu. Sytra pulak stand for Sek. Men. Sains Tuanku Syed Putra. Melalut panjang lah pulak kan. Hehehe :)

Ada kawan-kawan Bella yang sangat baik hati telah create event ini untuk kami semua. Sebab event ini jugak lah dapat berkumpul balik dengan semua kawan-kawan. Hari Sabtu lepas, 20 Julai lebih kurang separuh daripada ahli Dexterity 33 buka puasa dekat Tasoh Lake Resort. Macam-macam la makanan yang disediakan. Sedap-sedap pulak tu, berbaloi dengan harganya yang hanya RM30 per person. 

Time ini lah semua sibuk bergambar, berkongsi cerita dan macam-macam lah. Almaklum lah sudah lama tak berjumpa semenjak habis sekolah 2010 dulu. Semua pun dah makin cantik-cantik dan hensem-hensem belaka. Semua dah dewasa kan, mesti la pandai jaga penampilan masing-masing. Dewasa la sangat kan, baru 20 tahun. hehe. Ok lah, Bella titipkan gambar-gambar kami semua untuk korang tengok. Harap korang enjoy! :)








































Dexter's Give Back (DGB)

The next day which is hari Ahad, 21 Julai berlangsung pulak lah event Dexter's Give Back (DGB) ni kat Sytra. DGB ni bertujuan untuk memberi input-input yang berguna kepada student form 5 Sytra berkenaan universiti, scholarship, bagi semangat dan sebagainya lah. Untuk pengetahuan korang, batch form 5 sekarang ini adalah adik-adik angkat kitorang time kat sekolah dulu. Harapnya mereka semua dapatlah segala input-input yang diberikan dan mengharapkan berjaya mencapai matlamat yang telah dirancangkan. :)































* Itu je yang Bella dapat sharekan, hope korang semua suka. XOXO :)




Thursday, 18 July 2013

Senarai Keperluan ke Universiti :)

Alhamdulillah, dah tahu dah dapat universiti mana kan. Mesti sekarang ni semua bakal mahasiswa/i tengah membuat persediaan untuk masuk universiti. Macam-macam lah nak kena prepare kan. Buka akaun SSPN, buka akaun bank khas untuk universiti masing-masing, setel PTPTN, buat salinan sijil, mohon dana pendidikan, beli itu dan ini dan lain-lain lah. Mesti semuanya serabut plus busy sangat-sangat sebab masa makin berlalu pergi. Kalau tak prepare awal-awal nanti tak sempat pulak kan, kelam kabut. Kat sini Bella nak share barang-barang keperluan ke universiti untuk kemudahan kawan-kawan semua yang bakal menjadi mahasiswa/i. :)

PAKAIAN
  • Lelaki – Baju Melayu, sampin, songkok
  • Perempuan – Baju Kurung, Kain, inner
  • T-shirt/Kemeja lengan panjang
  • Kemeja-T berkolar
  • Seluar track/slack/jeans
  • Tali pinggang/Tali leher
  • Baju tidur
  • Kain pelikat/batik
  • Sweater/cardigan
  • Kain hitam
 Tudung/shawl
Hair band/ anak tudung
Baju putih (kemeja/ baju kurung) *untuk usm, sebab akan digunakan time minggu haluan siswa*
T-shirt plain merah *untuk usm, kem pimpin siswa*

KAKIKU
  • Kasut hitam/sukan
  • Kasut biasa (sarung/sandal) *untuk pakai ke kuliah*
  • Selipar
  • Stoking/skinsocks
  • Kiwi kasut
  • Kasut sarung getah *untuk usm, kem pimpin siswa*

PENJAGAAN DIRI
  • Sabun mandi/Syampu rambut/Pencuci muka
  • Ubat/Berus gigi
  • Minyak rambut/Sikat
  • Deodorant
  • Alatan make up
 Ketip kuku
Pad *untuk gadis*
Shave
Tuala *Besar+kecil*

LAUNDRY
  • Hanger
  • Sabun basuh baju/ softener
  • Baldi/gayung
  • Iron/Iron board *jika dibenarkan*
  • Bakul kecik *untuk letak syampu, sabun dll*
  • Pengepit baju
  • Bakul besar *untuk letak baju yang dah pakai*

STATIONERY
  • Seletep/Stepler/Ubat stepler
  • Pen/pensil/eraser/liq.paper
  • Kalkulator/highlighter
  • Klip kertas/A4 Paper
  • Penebuk lubang/Ring
  • Kertas warna/Pembalut hadiah
  • Gunting
  • Beg/Pencil case
 Beg/ beg sandang untuk pergi kelas

KEAGAMAAN
  • Songkok/Kopiah/Kain pelikat
  • Baju Melayu
  • Sejadah
  • Al-Quran/Al-Mathurat
 Surah Yassin
Buku-buku ilmiah keagamaan masing-masing

BILIK
  • Cadar/Selimut
  • Bantal/Sarung bantal
  • Tuala/Kain batik basahan
  • Kertas minyak *alas dalam almari baju*
  • Jam loceng
  • Tong sampah kecik
  • Tabung (untuk bayar pinjaman/ in case of emergency)
  • Cermin kecik
  • Kunci mangga
  • Plastik bag
  • Mini sewing kit
  • Extension plug

MINI BAR
  • Stok makanan
  • Pinggan/Mangkuk
  • Tupperware
  • Sudu/Garfu
  • Gelas/Mug/Botol air
  • Termos/Heater

GADGET
  • Laptop/Charger laptop
  • HP/Charger/Kabel HP
  • Pendrive

EMERGENCY
  • Minyak angin
  • Minyak gamat
  • Ubat nyamuk
  • Ubat Gegat
Period painkiller *untuk gadis*
Losen mustajab
Ubat selesema
Panadol
Balm

  •  DOKUMEN-DOKUMEN
  • Borang-borang
  • Salinan fotostat IC/Sijil Beranak dll
  • Beg duit/Kad Bank/Kad SSPN/Lesen Memandu
  • X-ray/Medical check up results
  • Gambar passport

LAIN-LAIN
Payung lipat *yg ini wajib, utk hujan & panas*
Plastic bags 
Sunglasses *untuk belagak mcm dedatin & melindungi diri daripada pancaran cahaya matahari*
Buku akaun bank
Kalander *menghitung hari nak balik*
Credit card *kalau ada*
Kipas comel/lipat
Bank card

Itu je yang Bella rasa patut bawak. Sebenarnya ada ja yang tak patut bawak. hehe. Yang tambahannya ikut korang la nak bawak apa kan. Sumber keperluan ini ada yang diambil daripada blog-blog yang Bella pernah baca sebelum menjejakkan kaki ke universiti. 

*That's all from Bella. Harap dapat bantu korang bakal mahasiswa/i. Bella doakan korang semua sukses di universiti dan masa yang mendatang. XOXO :)

Friday, 12 July 2013

USM VS UPM :)

Entry kali ini nak ceritakan segalanya tentang 11 Julai 2013. Jeng jeng jeng! Tarikh ini lah keputusan UPU dan jugak USM telah diumumkan. Syukur alhamdulillah telah dipilih untuk mendapat tawaran di dua buah universiti. Syukur sangat-sangat. Bella dapat tawaran daripada USM ( Universiti Sains Malaysia ) dan UPM (Universiti Putra Malaysia ). Alhamdulillah ya Allah :) Masih ingat lagi dulu time lepas SPM, sedih sangat sebab tak dapat universiti. Kiranya Bella buat keputusan untuk masuk form 6 bukanlah perkara yang sia-sia. Segala usaha telah membuahkan hasil. At last, dapat jugak offer daripada 2 universiti. Alhamdulillah again. Percayalah, Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hamba-Nya. Bella selalu pegang pada prinsip " Hidup perlukan pengorbanan untuk berjaya! " 


Ini result daripada UPM, Bella dapat kos Bahasa & Linguistik Melayu :)


Ini pulak result USM, Bella dapat kos sastera dengan pendidikan :)

Memang Bella happy sangat dua tawaran universiti. Dua-dua pun Bella suka dan minat sangat-sangat tapi Bella terpaksa pilih salah satu ja. Setelah difikir-fikirkan dan berbincang, Bella dah buat keputusan untuk memilih ' Universiti Sains Malaysia (USM) '. Antaranya sebab Bella pilih untuk masuk USM adalah:

1) Bella memang teringin nak jadi cikgu sebab rasa seronok boleh marking paper atau homework students.
2) USM dekat je dengan rumah jika dibandingkan dgn UPM. Senang nak balik nanti. hehehe :p
3) Ramai kawan-kawan yang rapat dengan Bella dapat USM + kos yang sama lagi. Bestnya!

Perasaan yang sukar digambarkan, happy, excited,  nervous. Macam-macam perasaan ada. Ha, Bella nak share jugak universiti mana yang kawan-kawan sekelas Bella dapat. Tumpang gembira bila semua kawan-kawan turut berjaya. Alhamdulillah :)


Bella: USM & UPM
Eda (my bestie): USM
Nada: USM
Nadia: UiTM
Anis: UiTM
Shahira: USM & UKM
Hasan: UMP
Athirah: USM
Fatin: USM
Hadielah: UIAM
Erma: UUM
Atikah: USM
Ieka: USM

Tahniah diucapkan kepada semua kawan-kawan yang berjaya menempatkan diri di mana-mana universiti. Diharapkan semua akan terus berjaya. Kepada yang tidak berjaya, cuba buat rayuan. InsyaAllah dapat nanti. Andai kata tak dapat jugak, percayalah Allah telah tetapkan yang terbaik untuk kita semua. Sentiasa berdoa dan bertawakallah pada Allah. Kawan-kawan, semoga berjumpa di unversiti nanti !

Setiap kejayaan terletak pada usaha masing-masing. Hidup perlukan pengorbanan untuk berjaya !

*Itu je untuk entry kali ini, nanti Bella cerita lagi yang lain-lain. Thanks sebab sudi baca. XOXO :)

Wednesday, 10 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan :)


Alhamdulillah masih diberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmatnya bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Bella mengharapkan bulan ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Bila masuknya bulan ramadhan mesti jadi super dupper excited, best sangat bulan puasa. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Tengok betapa excitednya nak puasa sampai dah simpan bila waktu berbuka dan macam-macam lah. Hehehe.



Sepanjang bulan ramdhan ini kita mesti lah kena banyak bersabar, bersedekah, meningkatkan amal ibadat kita supaya menemui malam lailatul qadar kelak. Apa pun tindakan kita, kita mesti fikir dulu sebelum melakukannya. Ingat ya!

Antara yang boleh diamalkan sepanjang bulan ramadhan :)

















Ha, sebelum tu. Korang jangan lupa niat puasa tau. Dan jangan lupa untuk bangun bersahur. Kita mesti nak bertenaga sepanjang puasa kan. Kalau tak bersahur cepat letih nanti :)








Then, time berbuka jangan la berlebihan pulak ya. Jangan membazir sebab membazir tu amalan syaitan. Jangan ikut nafsu ya. Nanti bila dah terlampau kenyang mesti malas nak pergi tarawih. Tak mau tak mau!



Antara target Bella sepanjang bulan puasa ini ialah:

1) Harapnya dapat puasa penuh. InsyaAllah. (Tapi orang perempuan mesti susah sikit kan sebab ada ABC)
2) Bella nak khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali. (Nak ikut tips khatam al-Quran sepanjang bulan Ramadhan)
3) Solat tarawih mesti full
4) Nak turunkan berat badan. InsyaAllah I can do it! hehehe
5) Harap bisnes kuih raya mendapat sambutan :)

Itu je la kot. Yang penting mengharapkan yang terbaik untuk ramadhan kali ini. :)

*Thanks sebab sudi baca. Harapnya ramadhan kali lebih bermakna untuk kita semua. Jangan sampai yang ada terbuka tudung periuk pulak ya waktu siang. hehehe. XOXO :)