Thursday 18 July 2013

Senarai Keperluan ke Universiti :)

Alhamdulillah, dah tahu dah dapat universiti mana kan. Mesti sekarang ni semua bakal mahasiswa/i tengah membuat persediaan untuk masuk universiti. Macam-macam lah nak kena prepare kan. Buka akaun SSPN, buka akaun bank khas untuk universiti masing-masing, setel PTPTN, buat salinan sijil, mohon dana pendidikan, beli itu dan ini dan lain-lain lah. Mesti semuanya serabut plus busy sangat-sangat sebab masa makin berlalu pergi. Kalau tak prepare awal-awal nanti tak sempat pulak kan, kelam kabut. Kat sini Bella nak share barang-barang keperluan ke universiti untuk kemudahan kawan-kawan semua yang bakal menjadi mahasiswa/i. :)

PAKAIAN
  • Lelaki – Baju Melayu, sampin, songkok
  • Perempuan – Baju Kurung, Kain, inner
  • T-shirt/Kemeja lengan panjang
  • Kemeja-T berkolar
  • Seluar track/slack/jeans
  • Tali pinggang/Tali leher
  • Baju tidur
  • Kain pelikat/batik
  • Sweater/cardigan
  • Kain hitam
 Tudung/shawl
Hair band/ anak tudung
Baju putih (kemeja/ baju kurung) *untuk usm, sebab akan digunakan time minggu haluan siswa*
T-shirt plain merah *untuk usm, kem pimpin siswa*

KAKIKU
  • Kasut hitam/sukan
  • Kasut biasa (sarung/sandal) *untuk pakai ke kuliah*
  • Selipar
  • Stoking/skinsocks
  • Kiwi kasut
  • Kasut sarung getah *untuk usm, kem pimpin siswa*

PENJAGAAN DIRI
  • Sabun mandi/Syampu rambut/Pencuci muka
  • Ubat/Berus gigi
  • Minyak rambut/Sikat
  • Deodorant
  • Alatan make up
 Ketip kuku
Pad *untuk gadis*
Shave
Tuala *Besar+kecil*

LAUNDRY
  • Hanger
  • Sabun basuh baju/ softener
  • Baldi/gayung
  • Iron/Iron board *jika dibenarkan*
  • Bakul kecik *untuk letak syampu, sabun dll*
  • Pengepit baju
  • Bakul besar *untuk letak baju yang dah pakai*

STATIONERY
  • Seletep/Stepler/Ubat stepler
  • Pen/pensil/eraser/liq.paper
  • Kalkulator/highlighter
  • Klip kertas/A4 Paper
  • Penebuk lubang/Ring
  • Kertas warna/Pembalut hadiah
  • Gunting
  • Beg/Pencil case
 Beg/ beg sandang untuk pergi kelas

KEAGAMAAN
  • Songkok/Kopiah/Kain pelikat
  • Baju Melayu
  • Sejadah
  • Al-Quran/Al-Mathurat
 Surah Yassin
Buku-buku ilmiah keagamaan masing-masing

BILIK
  • Cadar/Selimut
  • Bantal/Sarung bantal
  • Tuala/Kain batik basahan
  • Kertas minyak *alas dalam almari baju*
  • Jam loceng
  • Tong sampah kecik
  • Tabung (untuk bayar pinjaman/ in case of emergency)
  • Cermin kecik
  • Kunci mangga
  • Plastik bag
  • Mini sewing kit
  • Extension plug

MINI BAR
  • Stok makanan
  • Pinggan/Mangkuk
  • Tupperware
  • Sudu/Garfu
  • Gelas/Mug/Botol air
  • Termos/Heater

GADGET
  • Laptop/Charger laptop
  • HP/Charger/Kabel HP
  • Pendrive

EMERGENCY
  • Minyak angin
  • Minyak gamat
  • Ubat nyamuk
  • Ubat Gegat
Period painkiller *untuk gadis*
Losen mustajab
Ubat selesema
Panadol
Balm

  •  DOKUMEN-DOKUMEN
  • Borang-borang
  • Salinan fotostat IC/Sijil Beranak dll
  • Beg duit/Kad Bank/Kad SSPN/Lesen Memandu
  • X-ray/Medical check up results
  • Gambar passport

LAIN-LAIN
Payung lipat *yg ini wajib, utk hujan & panas*
Plastic bags 
Sunglasses *untuk belagak mcm dedatin & melindungi diri daripada pancaran cahaya matahari*
Buku akaun bank
Kalander *menghitung hari nak balik*
Credit card *kalau ada*
Kipas comel/lipat
Bank card

Itu je yang Bella rasa patut bawak. Sebenarnya ada ja yang tak patut bawak. hehe. Yang tambahannya ikut korang la nak bawak apa kan. Sumber keperluan ini ada yang diambil daripada blog-blog yang Bella pernah baca sebelum menjejakkan kaki ke universiti. 

*That's all from Bella. Harap dapat bantu korang bakal mahasiswa/i. Bella doakan korang semua sukses di universiti dan masa yang mendatang. XOXO :)

1 comment: