Friday 12 July 2013

USM VS UPM :)

Entry kali ini nak ceritakan segalanya tentang 11 Julai 2013. Jeng jeng jeng! Tarikh ini lah keputusan UPU dan jugak USM telah diumumkan. Syukur alhamdulillah telah dipilih untuk mendapat tawaran di dua buah universiti. Syukur sangat-sangat. Bella dapat tawaran daripada USM ( Universiti Sains Malaysia ) dan UPM (Universiti Putra Malaysia ). Alhamdulillah ya Allah :) Masih ingat lagi dulu time lepas SPM, sedih sangat sebab tak dapat universiti. Kiranya Bella buat keputusan untuk masuk form 6 bukanlah perkara yang sia-sia. Segala usaha telah membuahkan hasil. At last, dapat jugak offer daripada 2 universiti. Alhamdulillah again. Percayalah, Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hamba-Nya. Bella selalu pegang pada prinsip " Hidup perlukan pengorbanan untuk berjaya! " 


Ini result daripada UPM, Bella dapat kos Bahasa & Linguistik Melayu :)


Ini pulak result USM, Bella dapat kos sastera dengan pendidikan :)

Memang Bella happy sangat dua tawaran universiti. Dua-dua pun Bella suka dan minat sangat-sangat tapi Bella terpaksa pilih salah satu ja. Setelah difikir-fikirkan dan berbincang, Bella dah buat keputusan untuk memilih ' Universiti Sains Malaysia (USM) '. Antaranya sebab Bella pilih untuk masuk USM adalah:

1) Bella memang teringin nak jadi cikgu sebab rasa seronok boleh marking paper atau homework students.
2) USM dekat je dengan rumah jika dibandingkan dgn UPM. Senang nak balik nanti. hehehe :p
3) Ramai kawan-kawan yang rapat dengan Bella dapat USM + kos yang sama lagi. Bestnya!

Perasaan yang sukar digambarkan, happy, excited,  nervous. Macam-macam perasaan ada. Ha, Bella nak share jugak universiti mana yang kawan-kawan sekelas Bella dapat. Tumpang gembira bila semua kawan-kawan turut berjaya. Alhamdulillah :)


Bella: USM & UPM
Eda (my bestie): USM
Nada: USM
Nadia: UiTM
Anis: UiTM
Shahira: USM & UKM
Hasan: UMP
Athirah: USM
Fatin: USM
Hadielah: UIAM
Erma: UUM
Atikah: USM
Ieka: USM

Tahniah diucapkan kepada semua kawan-kawan yang berjaya menempatkan diri di mana-mana universiti. Diharapkan semua akan terus berjaya. Kepada yang tidak berjaya, cuba buat rayuan. InsyaAllah dapat nanti. Andai kata tak dapat jugak, percayalah Allah telah tetapkan yang terbaik untuk kita semua. Sentiasa berdoa dan bertawakallah pada Allah. Kawan-kawan, semoga berjumpa di unversiti nanti !

Setiap kejayaan terletak pada usaha masing-masing. Hidup perlukan pengorbanan untuk berjaya !

*Itu je untuk entry kali ini, nanti Bella cerita lagi yang lain-lain. Thanks sebab sudi baca. XOXO :)

No comments:

Post a Comment