Alhamdulillah, everything was done!! Syukur sangat bila projek yang dirancang telah berjaya dengan jayanya. Rasa berbaloi dengan kepenatan seminggu lebih ini. Kepenatan buat kerja itu dan ini, kepenatan dengan pelbagai ragam manusia. Hanya Allah ja yang tahu perasaan hati ini.
AMLIS means Angkatan Mahasiswa/i Perlis, USM. Setelah bermeeting berkali-kali, akhirnya kami buat sebulat suara bersetuju untuk mengadakan satu projek wayang untuk student USM. Boleh la semua restkan diri sekejap kan sambil-sambil tengok wayang. Movie yang dipilih ialah "The Hunger Game: Catching Fire". Tiket pun super dupper murah, just RM2 per person. Dapat mycsd dengan lucky draw lagi. Double wow gituu!! Movie ini kitorang tayang semalam, 5/3/2014. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Thanks semua. Love yaa!!
Persiapan semua sebenarnya dah seminggu lebih. Busy yang amat sangat. Dengan jual tiketnya, prepare hadiah lucky draw, persiapan tempat, itu dan ini, dan macam-macam lagi lah. Dalam projek tayangan ini, Bella ditugaskan untuk jadi AJK Pendaftaran. Sangat-sangat lah sibuk. Tak nak mengeluh. Yakin, Allah selalu bersama kita.
Ok lah, tak nak celoteh panjang. Jemput tengok gambar-gambar geng AMLIS yang tak seberapa ini. Tapi kitorang posing-posing ini bukan curi tulang tau. Kami posing bila dah semua peserta masuk dalam dewan DPS1 & DPS2 untuk tonton wayang. Jadi, kami bersenang lenang la sebentar. ;)
Persiapan tempat di petang hari sebelum berlangsungnya tayangan movie.
Muka masing-masing letih jaa, termasuk la Bella.
Ini pulak di meja pendaftaran. Pantang orang lengang sikit, mula la nak berposing. :)
From left: Amiena, Bella and Eda.
Front: Melly and Colgate a.k.a Atick :)
Rest sebentar. #Dinner
After dinner. :)
Again..
Posing tak habis-habis. :)
Bella & Eda. :)
Sibuknya Bella jadi photographer. hehe :p
Them!!
Tak dilupakan, ketua projek untuk tayangan ini, yang berbaju biru.
Yang berbaju merah ini, Abang Long a.k.a Abang Kelana. hehe
We're Perlisian. :)
Riak ceria pada setiap wajah setelah program wayang berjaya dilaksanakan. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. :)
Rasanya setakat ini ja lah yang mampu Bella berceloteh. Terlalu letih dan tangan pun slow ja menaip. Bella sangat-sangat memerlukan rehat yang secukupnya sekarang. Till we meet again in the next entry ok! Thanks sebab sudi baca entry yang tak seberapa ini. Love you! XOXO. :)
No comments:
Post a Comment