Sunday, 23 March 2014

Suka Duka :)

Belum terlambat rasanya untuk Bella ucapkan tahniah kepada semua calon SPM dan STPM 2013 yang memperoleh keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, itu semua rezeki daripada Allah. Kepada yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang, jangan sedih-sedih ye dik! Jangan berputus asa. Terus pandang ke hadapan, bangkit daripada jatuh. Ingat ya, rezeki ada di mana-mana.

Kejayaan itu bukan sahaja nikmat malah ujian. Allah nak lihat sejauh mana kita memanjatkan rasa syukur kepada-Nya atas nikmat kejayaan yang Dia berikan. Jangan timbul rasa bongkak dan sombong atas kejayaan itu. Semoga kita dijauhkan Allah daripada sifat itu. Janganlah kita lupa daratan hanya disebabkan kejayaan yang hanya sebagai permulaan hidup di dunia. Bagi yang berjaya, ucaplah kata syukur dan puji-pujian kepada Allah yang Maha Kuasa. Dan bagi yang kurang berjaya, janganlah berputus harap pada Allah. Kebahagiaan hidup kita bukan hanya dengan memiliki sesuatu yang terbaik. Boleh jadi, kita tidak mendapat bantuan Allah dalam memperolehi keputusan yang cemerlang, tetapi Allah berikan kita nikmat yang melimpah ruah tanpa kita sedari.

Sebut pasal result exam ni, Bella rasa macam nak share je apa perasaan sepanjang terima semua result zaman sekolah daripada UPSR hingga lah ke STPM. Bila tiba ja musim result, mesti Bella akan fikir dan rasa benda yang sama. Sebenarnya Bella dah pernah rasa perasaan terlalu gembira sebab dapat result yang sangat cemerlang dan pernah juga rasa terlalu sedih sebab dapat result yang kurang cemerlang. So, Bella sangat memahami perasaan orang yang dapat result yang sangat cemerlang dan result yang kurang cemerlang. Ok, sebelum teruskan berceloteh nak bagitau entry kali ini maybe panjang sikit. Almaklumlah, luahan daripada hati gitu. Maaf ya!! Bukan apa, nak jadikan kenangan. :)

Result UPSR (2005)

Lama dah rupanya Bella ambik UPSR, tahun 2005. Cepatnya masa berlalu kan. Untuk UPSR, alhamdulillah Bella dapat 5A. Rasa excited yang amat time tu. First time exam besar kan dan dapat result macam tu. Memang excited yang amat. Ingat lagi time ni. Tak bagi mak ikut pergi ambik result kat sekolah sebab takut tak dapat nak bagi 5A untuk mak dan ayah. Bila dah dapat result punya la excited, nak balik tunjuk result kat mak. Mak pun dengan excitednya minta nak tengok slip exam. Nampak sangat keceriaan dan kegembiraan terpancar kat wajah mak. Padahal sebelum Bella sampai rumah lagi mak dah tau result Bella sebabnya pada hari kejadian adik Bella yang muda setahun tu ada kelas kat sekolah, dia la yang balik kecoh kat rumah pasal result Bella. Patut la mak-mak sedara dan sepupu buat muka excited dah time Bella balik, rupanya diorang dah tahu. Malamnya bila ayah balik kerja, terus tunjuk result kat ayah. Nampak ayah excited sangat. Time ni rasa bertuah sangat dapat jadi anak mak dan ayah. :) Alhamdulillah, dengan keputusan ni, Bella dapat masuk asrama penuh, Sytra! (SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.)

Result PMR (2008)

Bella PMR tahun 2008. Bila Bella dah terima result PMR, Bella dah mula rasa down sikit. Sebabnya Bella just dapat 7A 1B. Memang Bella bersyukur tapi hati tak boleh menipu kalau cakap tak sedih langsung. Tahun ni batch Bella pecah rekod PMR sekolah. Tahniah kepada kawan-kawan Bella yang dapat 8A tu. Bella tumpang gembira untuk mereka. Yang menyebabkan Bella rasa down dan sedih ialah Bella antara 17 orang pelajar yang tak dapat 8A. Cuba bayangkan kalau korang berada di tempat Bella. Time ni Bella rasa bersalah sangat dekat mak dengan ayah sebab tak mampu nak bagi diorang hadiah 8A tu. Rasa macam tak nak jumpa dan bercakap dengan orang time ni. Yang memahami perasaan ni macam mak, ayah, ahli keluarga, teman rapat, tak pernah  penat bagi kata-kata semangat. Pada masa yang sama, tak kurangnya ada yang mengata malah kata-kata yang mereka lontarkan seolah-olah nak menjatuhkan. Kata-kata tu tetap terasa sehingga ke hari ini. Ingat lagi, time hari anugerah kemerlangan dekat sekolah, semua kawan-kawan yang dapat 8A terima anugerah daripada pihak sekolah. Time ni, ada cikgu mintak yang tak dapat straight A's ni jadi pembantu pegang hadiah atas pentas. Nak ja hati ni menjerit sekuat hati yang diri ini tak sanggup nak berada atas pentas tu sebab rasa sedih sangat. Tapi Bella kuatkan jugak hati ini untuk celebrate kawan-kawan yang berjaya. 

Result SPM (2010)

Masa ini lagi lah rasa down yang amat untuk ke sekian kalinya. Bella just dapat 5A untuk SPM. Kali ni sangat terasa kesedihannya tu sebabnya lagi ramai mulut yang mengata itu dan ini. Setiap kata-kata diorang memang terasa sehingga ke hari ini. Hati ini dah banyak bersabar. Kadang-kadang memang akan menangis jugak kalau dah tak tertahan. 

"Engkau sekolah sains tapi dapat banyak tu je?"
"Eleh, banyak tu je yg kau dapat? Kawan-kawan kau ramai lagi yang dapat lebih daripada kau. Tak malu ke?"
" Universiti mana nak terima kau setakat dapat banyak tu je?"

Dan macam-macam lagi yang Bella terima. Takpe, Bella terima dengan hati yang terbuka walaupun pada hakikatnya Bella tak cukup kuat untuk menghadapinya. Sebab itu lah, Bella akan rasa terharu dan sedih bila tengok orang-orang yang berjaya tak kira la dalam TV atau surat khabar. Bella rasa macam useless pun ada kadang-kadang tu sebab tak mampu nak hadiahkan dekat mak dan arwah ayah keputusan yang cemerlang. Padahal diorang dah buat apa saja untuk besarkan Bella. Mak, ayah, angah minta maaf!! Tapi mak, kak ayong dan adik-adik la orang yang selalu bagi semangat kat Bella untuk terus bangkit tanpa menoleh ke belakang. Pedulikan semua orang yang nak jatuhkan kita. Sebab itu lah bila orang mengata, Bella banyak mendiamkan diri. Bila dah terlalu tak tahan, air mata la yang jadi pengubatnya.

Result STPM (2012)

Ramai yang banyak mengata bila tau yang Bella masuk form 6. Selalu ja orang tanya, "Eh, bukan ke sekolah sains dulu? Kenapa masuk form 6 ja? Tak dapat U eh? Tak dapat matrik eh? Mesti result SPM hampeh kan?" Biar lah, apa orang nak kata, bila penat diorang akan tutup jugak mulut diorang tu. Untuk pengetahuan, Bella dapat la matrik, Bella dapat Matrik Kedah. Bella sendiri yang buat keputusan untuk masuk form 6. Ada sebabnya. InsyaAllah, nanti bila-bila free Bella share sebabnya. Maybe dalam entry yang lain. :)

Time dapat result, agak frust jugak lah sebab tak dapat 4 flat. Tapi Bella yakin, Allah is the best planner!! Bella sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah, walaupun tak dapat 4 flat. Allah kurniakan 3.67 untuk Bella. Alhamdulillah, bersyukur yang amat sangat. Mak la antara orang yang sangat gembira bila Bella dapat result. Mana taknya, dia la yang selalu teman Bella study, stay up malam-malam. Thanks mak!! Selalu ja ada masa susah senang anakmu ini. I love you so much mak!! Thanks for everything!! Alhamdulillah, dengan result ini dan dengan izin Allah, Bella dapat USM sekarang dengan kos Educational Studies. Alhamdulillah!! :D


Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah. Apa yang penting, kita jangan sesekali putus asa dan harapan walaupun tak dapat apa yang kita impikan. Teruskan berusaha, jangan putus asa. Terus pandang ke hadapan. Yakin, Allah selalu bersama kita. Kadang-kadang Dia bagi kita ujian untuk dekatkan diri kita dengan-Nya. Pedulikan dengan apa yang orang kata. Penat nanti, stop la mereka. Orang ni tak kan pernah berpuas hati dengan apa yang diorang nampak. Biarkan mereka. Andai kita tak mampu nak mulakan daripada atas, mulakan daripada bawah. Hidup memang perlukan pengorbanan untuk berjaya.

Maaf entry teremosional sikit. Sekadar luahan dan kenangan. Thanks kepada yang sudi membaca. Love you! XOXO. :)

2 comments:

  1. Assalammualaikum kak .. :) Sya follow sni :) Best baca entri akak ni. Pmbakar smngat untuk sya ^^ Hdup mmng ibarat roda. Rzeki ALLAH kt mne2. Kta hnye prlu usha dn brdoa.. Sterusnya tawakaltuallallah .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Thanks dik follow akak. Alhamdulillah seronok rasa dpt share suka duka dgn semua orang. Boleh jd pembakar semangat utk diri sendiri dan jgk org lain. Kena yakin, rezeki Allah ada di mana-mana. Kita sbg hamba-Nya kena sentiasa berusaha tanpa kenal erti putus asa. ;)

      Delete