Wednesday, 19 March 2014

Sentua's Family Day!!

Alhamdulillah, once again masih diberi nikmat kehidupan. Dapat la Bella update entry baru kan. Ini pun curi masa break untuk ke kelas seterusnya. Sambil feeling dengar lagu-lagu raya. Rindu mak sebenarnya. Daripada takde buat apa, update lah entry baru supaya tak terus membasi kan. Kali ini nak share alkisah family day kampung Bella yang berlangsung hari Ahad lepas. Sebenarnya mood pun tak ok time ni sebabnya petangnya tu Bella dah nak balik USM. Macam nak tak nak je lah enjoy family day tu.

Best jugak la sebab ada banyak jugak aktiviti. Ada pameran dan check up kesihatan, lawan masak asam pedas, gubahan, game musang berjanggut, cari harta karun, mewarna, futsal, kupas buah epal dan macam-macam lagi lah. Sempat jugak lah masuk lawan cari harta karun dengan kupas buah epal. Tak menang pun sebab dah tak boleh fokus, fikiran melayang memikirkan diri ini terpaksa pulang ke universiti tercinta. Nak cuti mid sem pun lambat jugak lagi, itu yang sedih. 

Mohon layan gambar je lah sebab tak nak berceloteh panjang.

Talk from unknown.


Le Familiaaaaaaa.. :)


Isi air dalam botol.






Asam pedas ikan haruan.
Made by Pak Ngah. 
The only man yang masuk lawan masak.
Dapat 3rd place. Dasyat jugak kan.




 Gubahan ini kak ayong yang buat, dapat 1st place.
Tahniahhh!!
A bouquet of flowers. :)


Yang ni dapat 2nd palce.


Gubahan. :)


 Bella & kak ayong.
Dalam library.


 My beloved mak with me!! :)


 Acu the hero!!


 Jihah, Farhah & Hanis.


Ini lah hadiah yang family Bella dapat, tak sempat tengok pun sebab dah on the way to usm. Adik yang hantar gambar ni. Thanks!!


Walaupun kejap ja Bella join family day untuk kali ni tapi rasa jugak la keseronokkannya tu even dalam hati dah fikir nak balik usm. Memang sedih tapi tetap enjoy.

Thanks guys for spend your time to read my entry. I'll always love all of you. Thanks. XOXO. :)

Monday, 17 March 2014

It's BBQ Time!!

Setelah kejayaan yang super dupper berjayanya tayangan wayang AMLIS (Angakatan Mahasiswa/i Perlis), kitorang buat lagi satu program iaitu "Program Seruling Kasih". Kemain nama program kan, padahal bbq je pun. Kiranya nak celebrate dan merapatkan lagi ukhwah kitorang. Kitorang buat bbq hari Selasa lepas, 11/3. Daripada petang lagi semua bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan untuk bbq. Letih sangat sebabnya Bella habis kelas pukul 5 petang pada hari kejadian. Kiranya dengan berbaju kurung lah merewang. Semua persediaan buat dekat Uptown Mall, USM. 

Layan gambar je lah, tak nak berceloteh panjang. Masih dalam mood rindu mak, padahal baru je sampai usm petang tadi. Jemput tengok gambar ya! :D











Diorang ni lah yang betungkus-lumus bakar ayam, sosej, isi ketam dari awal sampai last. Thanks :)






Apa-apa pun, cheeseeeee!! :D




Selfieeeee!!






Ready to eat!! Yummy!!


Nak mop ke nak posing?? LOL!!




Itu je rasanya yang Bella dapat berceloteh. Letih yang amat sebenarnya. Cuba yang termampu untuk update entry. Bukan apa, takut terbasi pulak entry-entry yang memang niat di hati nak share dengan semua. Sebenarnya banyak entry yang masih belum dapat di updatekan, rasa dah macam lama sangat nak update sekarang pun. Just wait & see ja lah ya! 

Thanks for spend your time to read my entry. I'll always love you all. XOXO. :)

Thursday, 6 March 2014

AMLIS : Projek Wayang :)

Alhamdulillah, everything was done!! Syukur sangat bila projek yang dirancang telah berjaya dengan jayanya. Rasa berbaloi dengan kepenatan seminggu lebih ini. Kepenatan buat kerja itu dan ini, kepenatan dengan pelbagai ragam manusia. Hanya Allah ja yang tahu perasaan hati ini. 

AMLIS means Angkatan Mahasiswa/i Perlis, USM. Setelah bermeeting berkali-kali, akhirnya kami buat sebulat suara bersetuju untuk mengadakan satu projek wayang untuk student USM. Boleh la semua restkan diri sekejap kan sambil-sambil tengok wayang. Movie yang dipilih ialah "The Hunger Game: Catching Fire". Tiket pun super dupper murah, just RM2 per person. Dapat mycsd dengan lucky draw lagi. Double wow gituu!! Movie ini kitorang tayang semalam, 5/3/2014. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Thanks semua. Love yaa!!

Persiapan semua sebenarnya dah seminggu lebih. Busy yang amat sangat. Dengan jual tiketnya, prepare hadiah lucky draw, persiapan tempat, itu dan ini, dan macam-macam lagi lah. Dalam projek tayangan ini, Bella ditugaskan untuk jadi AJK Pendaftaran. Sangat-sangat lah sibuk. Tak nak mengeluh. Yakin, Allah selalu bersama kita. 

Ok lah, tak nak celoteh panjang. Jemput tengok gambar-gambar geng AMLIS yang tak seberapa ini. Tapi kitorang posing-posing ini bukan curi tulang tau. Kami posing bila dah semua peserta masuk dalam dewan DPS1 & DPS2 untuk tonton wayang. Jadi, kami bersenang lenang la sebentar. ;)

Persiapan tempat di petang hari sebelum berlangsungnya tayangan movie. 
Muka masing-masing letih jaa, termasuk la Bella.


 Ini pulak di meja pendaftaran. Pantang orang lengang sikit, mula la nak berposing. :)


From left: Amiena, Bella and Eda.
Front: Melly and Colgate a.k.a Atick :)


 Rest sebentar. #Dinner


 After dinner. :)


 Again..
Posing tak habis-habis. :)


 Bella & Eda. :)


 Sibuknya Bella jadi photographer. hehe :p


Them!!


Tak dilupakan, ketua projek untuk tayangan ini, yang berbaju biru.
Yang berbaju merah ini, Abang Long a.k.a Abang Kelana. hehe


 We're Perlisian. :)






Riak ceria pada setiap wajah setelah program wayang berjaya dilaksanakan. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. :)


Rasanya setakat ini ja lah yang mampu Bella berceloteh. Terlalu letih dan tangan pun slow ja menaip. Bella sangat-sangat memerlukan rehat yang secukupnya sekarang. Till we meet again in the next entry ok! Thanks sebab sudi baca entry yang tak seberapa ini. Love you! XOXO. :)

Monday, 3 March 2014

Hari-hari yang Meletihkan. :)

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab masih diberi peluang untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini. Dapat juga curi sedikit masa untuk update entry baru. Macam tajuk entry kali ini, Bella sedang melalui hari-hari yang busy dan sangat meletihkan. Padahal baru ja 2 minggu kat USM. Macam-macam benda yang perlu diuruskan dan diselesaikan. Letih yang amat. Semoga Allah terus memberi Bella kekuatan menghadapi hari-hari yang akan mendatang.

Bella just nak share apa yang busy sangat tu. Macam-macam hal yang perlu diselesaikan. Terpaksa untuk kuat walaupun pada hakikatnya dah sakit satu badan ni akibat terlalu sibuk dan tak cukup rehat plus tidur. Tapi Bella yakin, Allah tak akan duga seseorang itu melebihi kesanggupannya. Keep strong Bella!!

Kelas : Kuliah + Tutorial :)

Yang ini memang tak perlu nak merungut sebab dah kewajipan semua student untuk masuk kuliah dan tutorial. Yang menyebabkan busy tu sebab terpaksa berkejar ke sana sini untuk daftar tutorial, masuk tutorial nak dapatkan tajuk tugasan dan sebagainya, masuk kelas awal sebab dah gabung 2 school (takut tempat tak cukup kalau lewat), cari buku-buku rujukan + nota-nota untuk kuliah dan tutorial. Jangan mengeluh Bella!! Teruskan berusaha. Keep strong!! Stay smile. :)

 First day tutorial for Pengantar Sejarah. #HSA101
Bella, Eda & Sha. :)

Persiapan untuk Tayangan Wayang Amlis (Angkatan Mahasiswa Perlis). :)

Untuk program ini, Bella ditugaskan untuk jadi sekriteriat bahagian pendaftaran. Program ini pun dirancang dan dilaksanakan dalam keadaan yang terlalu mendadak. Sebab itulah, rasa letihnya tu rasa double letih. Sebabnya terpaksa buat itu dan ini dalam masa yang terdekat. Kitorang akan laksanakan program ini hari Rabu malam nanti. Tayang movie Hanger Game Catching Fire. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Sekarang masih dalam proses penjualan tiket, sediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah dan sebagainya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua. :)





Kami tengah balut hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah. :)



Majlis Pentauliahan Vigil Kelanasiswa :)

Ini satu lagi program wajib untuk semua ahli kelanasiswa. Tanpa pentauliahan vigil ini, kami tak diiktiraf sebagai seorang kelanasiswa. Event ini bermula pada pukul 10 malam hari Jumaat lepas, habis pukul 5 pagi. Betapa tak cukup rehatnya sebab sepanjang minggu ini tersangat lah sibuk. Tapi Bella cuba untuk kuat. Bila difikirkan balik, kalau tak berkorban masa sekarang, nanti time level 200 baru boleh dapat vigil ini sama dengan juniors yang bakal daftar nanti. Lebih baik bersusah-susah dahulu kan. Malam ini kitorang ada buat test kenal diri, makan-makan sambil suap kawan-kawan. Sweet ja rasa sebab dapat eratkan ukhwah. Ada persembahan daripada setiap krew. Lastly, baru lah dapat vigil. Lega rasanya semua dah selesai walaupun 5 pagi baru habis program.

Ujian kenal diri. :)


Muka yang masih tersenyum walaupun waktu dah hampir 5 pagi.
Yang penting semua dah selesai. :)

Program Wacana Ilmu. :)

Dah 2 siri program wacana ilmu dijalankan sepanjang 2 minggu kat sini. Excited sangat sebab dapat jumpa orang-orang yang sangat dikagumi oleh semua belia. Double keterujaan bila dapat jumpa depan mata. Speechless!! 1st, Ustaz Fathul Bari datang berdiskusi dengan students USM. Tapi tak sempat nak ambik gambar. 2nd, YB Khairy Jamaluddin datang ke USM berdiskusi dengan students dan melancarkan pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Walaupun hari Isnin baru boleh ambik baucer kat school masing-masing tapi otak dah ligat berfikir nak beli apa. :)







 Tetap tersenyum. :)



Outing with Le Friends. :)

Setelah berpenat lelah sepanjang 2 minggu ini, nak jugak lah merehatkan diri. Walaupun letih, bila dah dapat gather dengan kawan-kawan memang best even takde lah pergi tempat-tempat yang eksklusif. Nama pun student kan, duit kena jimat. ;)

Dinner with friends after class. #KFC Sg, Dua. :)


Our lunch for the next day. :)


 Each a cup.
Yogurt strawberry with mix fruits jelly!! I'm lovin it!!


Bella, Melly & Eda. :)


Shopping!!
Bella, Sha & Melly. :)

Itu je rasanya yang Bella boleh berceloteh. Doakan Bella ada masa untuk update entry baru dan tak gabung macam ini dah. Mata pun dah berat minta untuk direhatkan. Esok kelas pagi. Jangan sampai terjaga lewat. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Doakan Bella ok! I'll do the same to all of you. Love you! XOXO. :)