Monday, 8 July 2013

Cara untuk Membuat Topping Kek Coklat :)

Hari ini Bella nak kongsikan cara untuk membuat topping kek coklat. Hari tu Bella dah penah sharekan resepi untuk buat kek coklat kan. Senang je nak buat topping yang meleleh tu. Sedap je. Baru je tadi try buat, ilham daripada internet la jugak. Senang je sekarang ni, semuanya di hujung jari. Jadi, tak ada alasan tak tahu memasak. Just try je, mesti boleh punya. InsyaAllah. Ok, jom tengok bahan-bahan dan cara untuk membuatnya.

Bahan-bahannya ialah:
# Setengah cawan serbuk koko
# Setengah cawan susu pekat
# 2-3 sudu besar minyak masak
# Air panas / suam secukupnya

Cara-caranya ialah:
# Kacau semua bahan atas api kecil. Kacau hingga sebati dan siap ! Simple kan.

Setelah siap, ratakan topping di atas kek dan hiaskan mengikut kreativiti anda. Selamat mencuba. :)








*Terima kasih sekali lagi sebab sudi baca. Harap korang happy selalu. XOXO :)

Saturday, 6 July 2013

Pisang Rebus + Kelapa Muda Parut :)

Kali ni Bella nak kongsi dengan korang semua tentang salah satu makanan tradisional yang femes sejak zaman dulu-dulu lagi. Sebenarnya Bella pun baru je tahu setelah diperkenalkan oleh mak tercinta. Kebetulanlah time birthday kak ayong tu ada jiran bagi pisang dekat mak. Biasalah hidup berjiran di kampung memang macam ni, selalu je bertukar-tukar makanan dan macam-macam lah. Macam sistem barter pulak kan. Tapi best sebenarnya hidup dekat kampung ni. Macam-macam ada. Melalut panjang lah pulak kan Bella ni, eksaited sangat nak cerita pasal kampung. Maybe next entry pulak ya! Hehehe. Mak pun berfikir lah nak buat apa dengan pisang yang jiran bagi ni. Fikir punya fikir, dapat lah idea. Mak kata macam ni.

Mak: Apa kata kita buat pisang rebus cicah dengan nyioq (kelapa) ?
Bella: Ok jugak tu, lama dah tak makan. Sedapnya. *Mula terbayangkan pisang rebus yang enak*

Setelah menunggu mak prepare dan masak, dapat jugak lah menikmati pisang rebus di petang hari. Kononnya, time minum petang lah kan. Rasanya, fuhhhhhh! Sedap sangat! Lama dah tak makan. Dulu first time nak makan punya la fikir banyak kali, sedap ke tak? Nak makan ke tak? Sekali try, memang terbaik lah. Semua orang mesti kena try makan jugak. Rasanya lebih kurang macam makan ubi kayu rebus la. Rasa juicy je. Korang semua mesti try lah lepas ni. Enjoylah melihat gambar-gambar pisang rebus yang dimakan bersama kelapa parut + sedikit gula. Memang terbaik! :)












*Thanks a lot sebab sudi baca. Harap korang akan try makan jugak. XOXO :)

Friday, 5 July 2013

Happy Birthday Kak Ayong :)

4 Julai, that was the day. Happy birthday kak ayong yang ke-23 tahun. May Allah bless you. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga terus menjadi anak yang solehah. Semoga dapat bertemu jodoh. Cewahh. Hehehe. You're the only one kakak that I have ever. Semoga terus berbahagia hendaknya. Engkaulah kakak, engkaulah the best buddy, engkaulah bff. Bersyukur sangat dikurniakan seorang kakak, dapatlah bergurau senda, bergaduh sekali sekala, bermanja, tempat meluahkan segala cerita.  Once again, I wish you a very happy birthday. I hope you'll be success here and after, insyaAllah. I Love You so much kak ayong :)





 Kak ayong & me :)


 Kak ayong & I :)


 Kak ayong & husna :)


 Again kak ayong and Bella :)


The only one kakak in my life :)


*Thanks sebab sudi baca. Harap korang semua enjoy. XOXO :)

Wednesday, 3 July 2013

Hari Sukan Sytra :)

Alkisahnya pagi tadi Bella telah menghadiri majlis Perasmian Hari Sukan sekolah lama Bella iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis. Kebetulan masih bercuti kan so, Bella pun meluangkan lah masa untuk join kawan-kawan Bella ke majlis tersebut. Kononnya alumni lah kan. Tak ramai pun kawan-kawan Bella yang join sebab ada yang tinggal jauh dan ada yang masih tak cuti. Almaklumlah semua sibuk dengan urusan sendiri kan. Yang dapat join pun Bella, Sabila, Umi, Hanna, Nada dan Cik Fidz ja.

Kalau nak diceritakan hari sukan ni antara event yang ditunggu-tunggu tiap-tiap tahun lah. Nak tahu sebab apa? Sebab ini lah masanya semua pelajar nak tunjuk semangat kesukanan dan semangat rumah sukan tu. Sampai sanggup stay up sepanjang minggu untuk jahit baju kawad, buat latihan kawad, hias khemah dan macam-macam lah. Meriah sangat rasa. Dekat SBP ni segala hal dinilai mengikut rumah sukan. Benda macam ni lah membuatkan semangat student tu meningkat. Kiranya sentiasa ada persaingan yang sihat la. Zaman Bella sekolah sana dulu selalu je rumah sukan Bella menang apa-apa pun. Rumah sukan Bella dulu colour purple, nama Uranus. Cantik dan unik kan. Hehehe. Melalut pulak Bella ni. Tengok gambar je lah. Harap korang enjoy ok!


 Semasa dalam perbarisan :)


 Ketika ikrar dilafazkan :)


 Rumah Musytari :)


 Masih dalam perbarisan :)


 Rumah Zuhrah :)


 Rumah Marikh :)


 Rumah Utarid :)


 Masih dalam perbarisan :)


 Rumah Uranus :)


Rumah Zuhal :)


*That's all from Bella. Till we meet again. Thanks sebab sudi baca. XOXO :)

Sunday, 30 June 2013

Trip to Melaka - Kuala Lumpur

Setelah sekian lama jugak la tak menulis kat blog, hari ni teringat pulak nak menulis. Sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa. Fikir punya fikir ingat nak share lah pasal trip yang Bella pergi hujung minggu yang lepas. Dah seminggu pergi baru nak update, biasa lah balik je daripada trip tu busy sangat. Tapi still alhamdulillah diberi kesempatan dan masa free hari ni. Boleh la mengupdate blog ni. :)

Ok, Bella bertolak ke Melaka hari Jumaat malam. Sampai kat Melaka awal pagi sabtu tu lah. Sampai je cari tempat nak check in tapi tak jumpa-jumpa pun. Last-last terjumpa lah Masjid Selat Melaka. Ok lah kan, boleh pergi melawat. Lagipun, tak pernah pergi lagi. Best jugak. Suasana aman, damai. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Pemandangan yang cantik. Rezeki lah kan, tak jumpa tempat nak check in tapi jumpa masjid yang cantik.


Inilah masjid Selat Melaka :)







Dah puas melawat sekitar masjid. Cari lagi tempat check in. At last, jumpa jugak. Yeah! Boleh rest dan segarkan diri sebelum sambung jalan-jalan sekitar bandar raya Melaka. Bella stay dan check in kat Caso Lago Apartment. Punya la susah nak cari tempat ni. Agak menyedihkan, tempat nak stay ini kurang memuaskan hati. Tapi tak pe sebab stay satu malam je kat situ. Hehehe :)




Tengah hari je dah ready nak sambung jalan-jalan sekitar bandar raya Melaka. Bella dan yang lain-lain buat keputusan untuk pergi ke Medan Samudera untuk shopping dan makan. Best jugak lah tempat ni. Suasana lebih kurang Bazar Padang Besar, Perlis gitu. Tapi yang bezanya kat sini ada banyak sangat beca untuk bawak pelancong melawat kawasan sekitar. Tambangnya boleh tahan la, RM25.00.



Antara barangan yang dijual :)








 My mak & her friend :)


 Bella & beca :)




Lepas puas shopping t-shirt dan lain-lain. Kami pergi pulak la melawat ke Muzium Samudera yang berhadapan je dengan Medan tu. Harga pun murah je nak masuk muzium samudera tu. Dewasa: RM3, Kanak-kanak RM1 je. Berbaloi kan. Murah + dapat banyak pengetahuan lagi. Kapalnya sangat lah besar, kagum sangat tengok. :)





















Tak puas lagi berjalan, sambung pulak pergi ke Muzium Kapal Selam. Macam-macam berlegar di fikiran setelah tengok kapal selam tu. Macam mana lah diorang naikkan kapal sebesar tu naik ke atas darat. Korang mesti pergi tengok kalau tak rugi lah. Lagipun, murah sangat harganya. Dewasa RM1, Kanak-kanak RM0.50 je. Super dupper berbaloi kan. :)












Sebelah malamnya pulak, kitorang still nak berjalan-jalan lagi. Biasa lah bukan senang nak dapat peluang pergi bercuti kan. Lepas maghrib je, kitorang terus pergi ke Menara Taming Sari. Sebenarnya memang dah targer nak naik menara tu time malam. Best sangat. Suasana yang nampak daripada atas memang menarik. berbaloi lah dengan harganya. Fee untuk dewasa RM15 je. Ok lah kan, bukan selalu :)




  







Lepas tu, kitorang pergi naik River Cruise lah pulak. Yang ini paling best. Cantik sangat pemandangannya. Dah la murah je. Sangat-sangat lah berbaloi. Dewasa just RM10 je. Best sangat! Suasana romantik gitu. Untuk korang yang nak honey moon kat area ni best jugak tau. Romantic feel tu ada. Hahaha :p















Lepas puas dan letih, kitorang pun balik lah ke Caso Lago untuk beradu. Wahhh gitu. :)
Keesokannya, kitorang breakfast ke tempat yang orang sebutkan sangat. Pergi je memang suprise sangat. Orang sangat lah ramai di kedai makan tu. Kedai tu nampak simple, just tepi jalan tapi orang ramai yang amat. Memang kena tunggu turn untuk dapat tempat. Jual mi goreng dengan nasi lemak. Tapi diorang bagitahu yang paling bestnya mi goreng nya lah. Yang peliknya, untuk menandakan yang kita nak makan dan tempah mi goreng, kita terpaksa beratur panjang untuk dapatkan telur goreng mata dan letak atas meja. Kalau ada telur tu atas meja baru lah diorang akan hidangkan mi goreng tu. Pelik sangat kan? Lepas rasa, boleh tahan la. Not bad.

Lepas tu, kitorang terus bertolak untuk ke Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke Kuala Lumpur, Bella singgah ke Nilai dulu untuk shopping. Hehe. Mak Bella dengan kawan-kawan dia lah yang memborong. Bella beli 2 helai tudung je sebab rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Rasa nak beli semua sebab banyak sangat. Excited!!











Lepas puas, kitorang terus bertolak ke Kuala Lumpur. Biasalah gegirl kan mesti fikir shopping ja. Sampai ke KL terus pergi ke Jalan Tar. Orang tersangat lah ramai. Semua sibuk membeli belah. Kat sini pun rambang mata jugak. Banyak sangat baju, tudung, beg dan macam-macam lah. Excited nya!!

 Kat Mydin ni semua barang offer 50%, memang excited nak ambik itu dan ini. Tapi Bella just beli 2 helai baju kelawar (baju tidur) dan baju untuk my nieces je :)


 Kat Nagoya ini lah beli baju raya family Bella. Tunggu raya nanti kalau nak tengok coraknya. Tema tahun ini adalah black + maroon :)


Ini satu lagi tempat yang buat Bella sangat lah rambang mata, pilih tudung sampai berjam-jam sebab banyak sangat yang cantik. Shawl kat sini pun cantik. Dah la murah-murah ja. Sempat la grab 3 helai shawl dan tudung bawal + 1 helai blouse :)


Lepas shopping kat Jalan Tar, terus bertolak pulang ke Perlis. Dalam perjalanan pulang ada la singgah beberapa tempat lagi. Konklusinya, even pergi bercuti kejap je tapi best sangat dan dapat release tension. Sekarang kembali ke alam sibuk. Huhuhu. Nanti kalau ada masa lagi, kena pergi bercuti lagi lah.

*Thanks korang sebab sudi luangkan masa untuk membaca. Hope korang happy selalu. XOXO :)