Saturday, 31 May 2014

Homemade Ice Cream :)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk update entry baru. Bahagia sangat dapat balik ke negeri tercinta, Perlis Indera Kayangan. Walaupun hanya study week, bukan cuti panjang lagi tapi hati berbunga-bunga ja bila balik ke rumah sendiri. Kalau balik rumah ja, mesti perasaan nak masak-masak tu membuak-buak. Excited kalau bab masak-masak ni. I love cooking sooooooooo much!!!

Kali ni Bella nak share resepi yang sangat simple, first time buat dan jadi. Homemade ice cream. 

Bahan-bahan:
  1. 1 tin susu pekat
  2. 1 tin susu cair
  3. 3 cawan air masak
  4. 3 sudu besar ovallete (penstabil makanan) - pastikan yang halal tau.
  5. Perisa ikut kesukaan masing-masing
  6. Pewarna makanan 
Cara-caranya:
  1. Masukkan susu pekat, susu cair, air masak dan ovallete. Kacau sebati dengan menggunakan mixture. Putar sehingga menjadi putih gebu. (nampak macam cream). - Putar lebih kurang setengah jam.
  2. Bahagikan adunan ke beberapa bekas mengikut perisa yang diinginkan. Kali ni Bella bahagi kepada 4 bekas sebab nak letak 4 perisa.
  3. Masukkan perisa yang kita nak. Bella masukkan 4 perisa iaitu Blueberry, strawberry, coklat dan vanilla.
  4. Selepas itu, masukkan warna yang bersesuaian dengan perisa yang kita pilih tu.
  5. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Nak bekas besar pun boleh, bekas kecil-kecil pun boleh. 
  6. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang seharian. Then, siap untuk dimakan.




That's all from Bella. Doakan Bella ada masa untuk update entry baru. Dah banyak dah entry yang tertangguh untuk diupdate. Exam fever sekarang ni. Curi-curi ja masa untuk masak-masak. Kalau lepas exam nanti, cuti lama boleh try masak macam-macam lagi. Nanti boleh Bella update resepi-resepi kat blog untuk dikongsi bersama kan. 

Thanks for everything. I love all of you. XOXO. :)

Sunday, 25 May 2014

Night of Glamorous :)

Assalamualaikum w.b.t. Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat. *Ayat skema*. Dah lama rasanya tak update blog. Busy macam-macam hal sebenarnya. Padahal dah bersusun entry yang nak share. Asyik busy ja, tak sempat nak update blog. Ini pun ada sedikit masa senggang untuk update setelah melalui hari-hari yang makin busy. Seriously cakap minggu ni antara minggu yang sangat busy. Submit segala assignment, present dalam tutorial, oral test, test dalam kuliah & tutorial, meeting, dinner, AGM anak negeri. *Letih yang amat*. 

Ok lah, Bella tak nak melalut panjang-panjang. Entry kali ini Bella nak share pasal " The Night of Glamorous". Kemain nama kan. Tema dinner anak negeri Perlis yang study kat USM. Walaupun just hias simple-simple ja, tak ramai sangat yg datang, tetap jugak meriah. Tak payah cerita panjang lah, jemput tengok gambar je lah. Malas nak menaip panjang-panjang sebab dah pening tengok skrin laptop menaip assignment.


 Posing setelah penat selesaikan persiapan tempat. 
Baju yang sama daripada 7 pagi hingga ke 7 malam sebab tak sempat balik bilik.


Sebelum bertolak pergi ke dinner.
Kat Desa Tekun.


When "The Night of Glamorous" began. :)








Nasi beriani + ayam masak merah + daging masak hitam + dalca + acar.


 Penasihat AMLIS.
Dr. Hasnah.


Mantan penasihat AMLIS.
Dr. JJ. 


Selfie everywhere. :)










My friends and Bella. 


From left: Eda, Ieka, Eiqa, Kak Wani, Bella, Ikah, Sha & Melly. 










 With the prom queen of the night, Kak Wani.


Bersama penasihat AMLIS, Dr. Hasnah. 


Acara memotong kek.


Duo :)








Me, myself. :)
Pakai ja baju yang mana ada kat rumah, baju raya tahun lepas.
Apa yang penting, berbaju. :)










That's all from Bella. Till we meet again in the next entry.
Thanks for everything. 
I love all of you. XOXO. :)

Friday, 16 May 2014

Happy Teacher's Day :)

16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru.

Guru..
Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua cikgu yang pernah mendidik diri ini sama ada secara formal atau tidak formal. Mak, arwah ayah, cikgu-cikgu Tadika Pasti al-Wardatul Jannah, SK Utan Aji, SM Sains Tuanku Syed Putra, Pra-U SMK Perlis ( walaupun 2 hari ja pi. Pi hari daftar form 6 dengan hari isi borang pindah sekolah), Pra-U SMK Syed Alwi, semua pensyarah USM, ustazah kelas KAFA, ustazah belajar mengaji al-Quran dan sesiapa sahaja yang pernah memberikan ilmu kepada diri ini. Jasa kalian akan ku kenang selamanya. Tidak terbalas segala ilmu yang telah dicurahkan. Semoga Allah terus merahmati cikgu-cikgu sekalian. I Love all of you so much! Thanks for everything! 

# Tak dilupakan kepada semua bakal guru especially pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Selamat Hari Guru. 

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.


 Cikgu Chuah. (Cikgu BM time form 6).
Respect sangat kat cikgu ni sebab semua benda pasal BM dia tau. Dah la awesome yang amat.


Bersama-sama cikgu-cikgu tersayang.
Cikgu Intan (Cikgu Sejarah 2, merangkap guru kelas time form 6), Cikgu Mariyah ( Cikgu Pengajian Am 1) & Cikgu Wan Saleha ( Cikgu Geografi 1). 


Again. With guru-guru tersayang. 
Cikgu Intan, Cikgu Mariyah & Cikgu Manaf (Cikgu Pengajian Am time kuliah).


Madam Norhayaliza. ( Cikgu MUET)


From left: Cikgu Hasliza ( Cikgu BM time kuliah), Cikgu Yati ( Cikgu Ekonomi) & again Cikgu Chuah.


Yang tudung pink tu Cikgu Saerah (Cikgu geografi 2)

 Tak banyak sangat gambar cikgu-cikgu dalam laptop. Ada yang ni ja lah. Yang lain-lain, next time upload lagi. Walaupun takdak dalam gambar, saya tetap sayang semua cikgu. Thanks for everything cikgu!!  XOXO. :)


Sunday, 11 May 2014

Happy Mother's Day :)

Mak, Ibu, Mama, Ummi, Bonda. Apa jua panggilannya ianya tetap seorang wanita yang melahirkan kita ke dunia ini. Pengorbanannya tidak terbalas dengan apa jua yg ada di dunia. Doa dan harapan agar mak sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah. Dipermudahkan segalanya. Bahagia di dunia dan akhirat. Selamat hari ibu untuk mak tercinta, Puan Zaitun binti Samat. Angah sayang mak! I love & miss you so much.

Sebenarnya, setiap hari adalah ibu. Hargai lah sementara masih ada. Mak, engkaulah ratu hatiku. Terima kasih mak. Thanks for everything!! 
Ibu di Hati, Syurga Menanti.


Tuesday, 15 April 2014

Semester Break Telah Melabuhkan Tirai. :(

Dah lama jugak rasanya tak berblogging ni. Busy dengan cuti. Sekarang dan buka sem busy dengan test dan segala assignment. Lumrah kehidupan seorang mahasiswa kan. Sabar je lah. Sebut pasal cuti memang best sangat. Boleh balik rehat-rehat kat rumah. Boleh hilang segala masalah. Tapi apakan daya, cuti midsem pun dah HABIS!!! Terpaksa balik ke universiti tercinta untuk teruskan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

Baru je sampai sini, dah mula rasa homesick. Dah tak sihat, maybe terlalu rindu semua orang kat rumah. Paling rindu kat mak la. Rindu semua orang kat rumah. Nak buat apa pun mesti ingat diorang semua. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa. :( Bilanya nak cuti lagi? Boleh balik rumah lagi? HOMESICK yang amat dah walaupun dah hampir setahun kat sini. Bella, kau ada 3 tahun lagi kat sini. I'm trying to be strong!! :D

Perasaan yang sukar digambarkan. Rindu mak sangat-sangat. Rindu semua orang kat rumah. Kak ayong, adik-adik, tok, semua lah. I really miss them. Rindu semua aktiviti yang boleh buat kat rumah. Rindu segala makanan yang ada. Rindu!!

Layan gambar je lah. Segala aktiviti yang buat time midsem break. Masak-masak paling banyak.

 Laksa Perlis.
Done by myself. :)


 Buah mempelam, makan di waktu petang.
Yummy!!


 Tom yam.
Done by myself too. :)


 Coklat from Langkawi. 


 Star nuggets. :)


Apom polkadot.
Macam-macam versi. :)






 Mempelam again. :D


Fariha Khadeeja.
Selalu main dengan dia ja sepanjang cuti ni.
Makin comel dan cerdik.
Geram!! Rinduuuuuu! 


Kek batik. :)




Nasi tomato.
Mak yang buat.
Apapun yang mak masak memang sedap. Rinduuuu. :(




Sempat jugak jadi pelakon tambahan untuk cerita "Pontianak Teng Teng". Alang-alang orang ajak join. Best jugak. Cari pengalaman baru. :)
Semua orang dalam rumah pun nak jadi pelakon.
Mak, kak ayong, Bella & adik.
Jemput tengok gambar yang sempat ambik bersama pelakon-pelakon yang ada.












That's all from Bella. Ada banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Doakan Bella ada masa untuk update entry baru. Thanks sebab sudi baca. Love all of you. XOXO. :)