Friday, 16 May 2014

Happy Teacher's Day :)

16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru.

Guru..
Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua cikgu yang pernah mendidik diri ini sama ada secara formal atau tidak formal. Mak, arwah ayah, cikgu-cikgu Tadika Pasti al-Wardatul Jannah, SK Utan Aji, SM Sains Tuanku Syed Putra, Pra-U SMK Perlis ( walaupun 2 hari ja pi. Pi hari daftar form 6 dengan hari isi borang pindah sekolah), Pra-U SMK Syed Alwi, semua pensyarah USM, ustazah kelas KAFA, ustazah belajar mengaji al-Quran dan sesiapa sahaja yang pernah memberikan ilmu kepada diri ini. Jasa kalian akan ku kenang selamanya. Tidak terbalas segala ilmu yang telah dicurahkan. Semoga Allah terus merahmati cikgu-cikgu sekalian. I Love all of you so much! Thanks for everything! 

# Tak dilupakan kepada semua bakal guru especially pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Selamat Hari Guru. 

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.


 Cikgu Chuah. (Cikgu BM time form 6).
Respect sangat kat cikgu ni sebab semua benda pasal BM dia tau. Dah la awesome yang amat.


Bersama-sama cikgu-cikgu tersayang.
Cikgu Intan (Cikgu Sejarah 2, merangkap guru kelas time form 6), Cikgu Mariyah ( Cikgu Pengajian Am 1) & Cikgu Wan Saleha ( Cikgu Geografi 1). 


Again. With guru-guru tersayang. 
Cikgu Intan, Cikgu Mariyah & Cikgu Manaf (Cikgu Pengajian Am time kuliah).


Madam Norhayaliza. ( Cikgu MUET)


From left: Cikgu Hasliza ( Cikgu BM time kuliah), Cikgu Yati ( Cikgu Ekonomi) & again Cikgu Chuah.


Yang tudung pink tu Cikgu Saerah (Cikgu geografi 2)

 Tak banyak sangat gambar cikgu-cikgu dalam laptop. Ada yang ni ja lah. Yang lain-lain, next time upload lagi. Walaupun takdak dalam gambar, saya tetap sayang semua cikgu. Thanks for everything cikgu!!  XOXO. :)


Sunday, 11 May 2014

Happy Mother's Day :)

Mak, Ibu, Mama, Ummi, Bonda. Apa jua panggilannya ianya tetap seorang wanita yang melahirkan kita ke dunia ini. Pengorbanannya tidak terbalas dengan apa jua yg ada di dunia. Doa dan harapan agar mak sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah. Dipermudahkan segalanya. Bahagia di dunia dan akhirat. Selamat hari ibu untuk mak tercinta, Puan Zaitun binti Samat. Angah sayang mak! I love & miss you so much.

Sebenarnya, setiap hari adalah ibu. Hargai lah sementara masih ada. Mak, engkaulah ratu hatiku. Terima kasih mak. Thanks for everything!! 
Ibu di Hati, Syurga Menanti.


Tuesday, 15 April 2014

Semester Break Telah Melabuhkan Tirai. :(

Dah lama jugak rasanya tak berblogging ni. Busy dengan cuti. Sekarang dan buka sem busy dengan test dan segala assignment. Lumrah kehidupan seorang mahasiswa kan. Sabar je lah. Sebut pasal cuti memang best sangat. Boleh balik rehat-rehat kat rumah. Boleh hilang segala masalah. Tapi apakan daya, cuti midsem pun dah HABIS!!! Terpaksa balik ke universiti tercinta untuk teruskan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

Baru je sampai sini, dah mula rasa homesick. Dah tak sihat, maybe terlalu rindu semua orang kat rumah. Paling rindu kat mak la. Rindu semua orang kat rumah. Nak buat apa pun mesti ingat diorang semua. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa. :( Bilanya nak cuti lagi? Boleh balik rumah lagi? HOMESICK yang amat dah walaupun dah hampir setahun kat sini. Bella, kau ada 3 tahun lagi kat sini. I'm trying to be strong!! :D

Perasaan yang sukar digambarkan. Rindu mak sangat-sangat. Rindu semua orang kat rumah. Kak ayong, adik-adik, tok, semua lah. I really miss them. Rindu semua aktiviti yang boleh buat kat rumah. Rindu segala makanan yang ada. Rindu!!

Layan gambar je lah. Segala aktiviti yang buat time midsem break. Masak-masak paling banyak.

 Laksa Perlis.
Done by myself. :)


 Buah mempelam, makan di waktu petang.
Yummy!!


 Tom yam.
Done by myself too. :)


 Coklat from Langkawi. 


 Star nuggets. :)


Apom polkadot.
Macam-macam versi. :)






 Mempelam again. :D


Fariha Khadeeja.
Selalu main dengan dia ja sepanjang cuti ni.
Makin comel dan cerdik.
Geram!! Rinduuuuuu! 


Kek batik. :)




Nasi tomato.
Mak yang buat.
Apapun yang mak masak memang sedap. Rinduuuu. :(




Sempat jugak jadi pelakon tambahan untuk cerita "Pontianak Teng Teng". Alang-alang orang ajak join. Best jugak. Cari pengalaman baru. :)
Semua orang dalam rumah pun nak jadi pelakon.
Mak, kak ayong, Bella & adik.
Jemput tengok gambar yang sempat ambik bersama pelakon-pelakon yang ada.












That's all from Bella. Ada banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Doakan Bella ada masa untuk update entry baru. Thanks sebab sudi baca. Love all of you. XOXO. :)

Thursday, 3 April 2014

My Queen in My Heart Birthday!! :)

Alhamdulillah ya Allah for giving me the best mom in this world. Today is her birthday. Happy birthday mak, may Allah bless you. You are more than just a mother to me. You are my teacher, my strength, my guidance and my best friend. My life has been blessed by having a mother like you. You pray for me, you love me, and you’re there to support all that I do. No matter how hard I try, no matter what I do, I would never be able to show you how much I appreciate everything you’ve done for me. Thanks for everything mak. I'll always love you. You're my everything. :)


 Kek birthday mak tahun bila tah, lupa dah. hehe
Nanti cuti midsem, kita buat kek lagi sambut birthday kita sama-sama ya mak! :)




 My beloved mak!! :)


 Mak and Bella.
I love so much mak. :)


My happy family. :)


Last but not least, happy 2nd birthday to my nephew, Umar Ghazi. May Allah bless you, dear. :)

Tuesday, 1 April 2014

Sensitifkah aku??

Setiap manusia ada perasaan, emosi, dan masalah tersendiri yang menyebabkan mereka berbeza-beza perangai dan sifat. Tapi semua faktor tersebut mampu dikawal demi menjaga hati pihak lain. Mungkin susah, dan mungkin terlalu sukar untuk menjaga hati orang lain. Kadang-kadang kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi apakan daya, masih belum mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Masih ada kekurangan dan masih ada rasa tidak senang dalam hati mereka. Kadang-kadang kita perlu memahami orang lain lebih dari memahami diri sendiri. Membiarkan hati sendiri sakit demi menjaga hati orang lain. Mengambil berat perihal orang lain lebih daripada menjaga perihal sendiri. Seikhlas mana pun hati, pasti akan terusik tatkala usaha yang dilakukan sia-sia. Bukan balasan yang diharapkan, tapi hanya sedikit penghargaan yang menunjukkan bahawa usaha kita dihargai. 

Sabar selagi mampu. Senyum selagi boleh. :)

Sunday, 30 March 2014

Wawasan Desa 2.0 :)

Alhamdulillah, masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus menjadi hamba Allah di atas muka bumi ini. Sedaya upaya diri ini mencari ruang untuk update segala entry baru sebab tak nak basi. Sebenarnya, sepanjang minggu ini Bella busy yang amat sangat. Hari ini ja rasa macam free sikit padahal kerja bertimbun. Dengan assignmentnya, test before mid sem break. Letih sangat rasa tapi cuba gagahkan diri ini sentiasa menjadi kuat.

Ok, entry kali ini Bella nak cerita pasal program yang Bella join kelmarin. Daripada pagi hingga petang. Bella join program Wawasan Desa 2.0 under Rakan Muda USM kat Kampung Semilang, Juru, Pulau Pinang. Ini kiranya program lanjutan daripada program anak angkat yang dah pernah diorang buat sem lepas. Bella tak join pun yang first tu. Yang ini pun sebab ada kawan yang ajak join, dia jadi pengarah projek untuk program ini. Bella pun dengan senang hati menerima lah pelawaan dia. Memang best buat khidmat masyarakat ini. Bella suka sangat. :D

Sampai je kat sana, semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Satu kumpulan kena gotong-royong dengan penduduk kampung, kumpulan Bella pula kena handle kanak-kanak. Kena buat program dengan kanak-kanak la kiranya. Memang letih sangat melayan kerenah kanak-kanak ini, rasa sehinggan ke hari ini. Memikirkan diri ini akan menjadi seorang guru, terpaksa kuatkan juga diri ini walaupun ada juga kerenah diorang yang buat Bella rasa geram, nak marah, semuanya lah. tapi budak-budak kan. Sabar je lah semampunya. Macam-macam aktiviti kitorang buat dengan kanak-kanak. Mewarna, main pelbagai jenis tepuk, motivation talk, explore race dan macam-macam lagi lah. Semua aktiviti memang best tau! Jom lah, layan gambar dulu. :)



The kids :)













The kids and fasi-fasi. :)





Bella & Eda :) 


Sha, Ikah & Melly :) 


Me, myself :)


Bella & cikgu garang, Khairul Anwar.
Nampak sangat muka awak tu stress, Khairul. 
Kitorang handle check point #TelefonBuruk
Macam-macam dah budak-budak ni sebut.
No pain, no gain dah jadi ilmu adalah kehidupan.
Ilmu penyuluh kehidupan jadi ilmu pemudi bangsa.


Selfie everywhere!!
Thanks to Khairul & Hazeeman for the pictures.
Bella guna gambar daripada korang ok, nak letak dalam blog.
Nak jadikan kenangan. :)







Lots of love from us!! :)

That's all from Bella. Thanks for everything. Love you all. XOXO :)

I'm Officially 21th :)

Alhamdulillah ya Allah, masih memberi peluang kepada hamba-Nya ini untuk terus hidup di atas muka bumi ini sehingga ke hari ini. I'm officially 21th on 28/3/2014. Dengan meningkatnya umur, maka kematian juga semakin menghampiri diri ini. Thanks for all the wishes and doa. Saya sangat menghargainya. Saya juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anda semua. Terima kasih kepada mak tersayang, Puan Zaitun binti Samat sebab melahirkan diri ini ke dunia ini. Mengasuh dan mendidik daripada baby sehingga sekarang. Mak orang pertama yang wish birthday. Daripada lepas maghrib lagi mak dah call wish sebab nak jadi orang pertama wish. Tepat pukul 12 pun mak call lagi sebab nak pastikan dia yang pertama untuk anaknya ini. I love you so much mak!! Thanks for everything. You're my everything. To all my family and friends, thank you so much for all the wishes and doa. Anda semua terlalu sweet. Terima kasih kepada yang mengarang wish yang panjang berjela, (Arol Mubin, Shahira Binti Mohamad, Anisha Syuhada Abd Ghani), thanks for the fresh orange, eda Adzliherdawatie Zulkaple, thanks for the ferrero rocher, melly Nur Amalina Farhah. Thank you so much. I love all of you. :)